fbpx

Guna Petua Lama Ini Untuk Hilangkan Demam Panas, Jangan Biarkan Melarat!

Panas dalam badan ketika demam amat merisaukan. Lebih-lebih lagi musim sekarang ramai kanak-kanak dan orang dewasa yang mengalami gejala demam ini. Boleh dikatakan demam ‘viral’ ini menyebabkan ketidakimbangan suhu dalam badan sehingga ada yang dimasukkan ke dalam ward.

Apa yang lebih merisaukan ia boleh menyebabkan suhu badan meningkat sehingga membahayakan kesihatan. Jangan main-main, demam panas juga boleh menyebabkan seseorang itu menjadi sawan.

Sebelum ianya melarat, kami nak kongsikan dengan korang beberapa cara yang boleh meredakan suhu badan. Jangan abaikan petua nenek moyang ini, baca sampai habis!

1. Air Penyejuk Badan Cap Kaki Tiga

Selain minum air yang banyak semasa demam, korang juga boleh amalkan minum Air Penyejuk Badan Cap Kaki Tiga untuk melegakan demam dan mengurangkan suhu panas dalam badan.

Kaedah lama ini kami telah pun amalkan dari zaman kanak-kanak lagi, sehinggalah sekarang. Memang betul-betul berkesan!

Air Penyejuk Badan Cap Kaki Tiga merupakan air minuman penyejuk perubatan tradisional Cina yang dihasilkan oleh Kumpulan Wen Ken pada tahun 1930-an.

Menurut Storm Asia, kira-kira satu juta botol dijual setiap hari di Singapura, Malaysia dan Indonesia. Kalau rasanya seperti air mineral biasa, mengapa ia sangat popular di kalangan mak-mak kita kan?

Jangan tak tahu, air ini juga dipercayai dapat mencegah atau mengurangkan penyakit seperti ulser, demam, dan sakit tekak. Selain itu, kalau korang berasa panas badan gara-gara cuaca panas, makan durian yang banyak, membakar, menggoreng makanan atau makan makanan pedas, korang boleh jer minum Air Penyejuk Badan Cap Kaki Tiga ini.

Bagi korang yang masih tertanya-tanya dimanakah untuk dapatkan Air Penyejuk Badan Cap Kaki Tiga. Layari laman rasmi ini untuk dapatkan air penyejuk ini. Kami dari dulu lagi dah cuba. Korang takkan nak biar ja suhu badan tu melarat.

2. Sapu Badan Dengan Kain Basah

Kaedah ini antara yang popular digunakan buat kanak-kanak. Basahkan kain dengan air sejuk dan lapkan di bahagian tubuh terutamanya bahagian ketiak dan dada. Kemudian perahkan kain dan letakkan di bahagian dahi dan belakang leher. Kaedah ini dapat merendahkan suhu dalam badan.

3. Mandi Dengan Kerap


Bagi orang dewasa, bila suhu dalam badan tinggi jangan sesekali ‘lupa’ mandi. Mandi dengan kerap juga dapat meredakan suhu dalam badan. Ada yang beranggapan bahawa bila kerap mandi demam tak hilang, kononnya panas berlawan dengan sejuk akan menyebabkan korang demam lagi.

Salah anggapan seperti ini. Bila korang kerap mandi, suhu yang panas akan mula berkurangan. Lebih afdal lagi kalau korang mandi bermula dari kaki dan keatas. Barulah wap panas tu keluar di kepala.

4. Asam Jawa

Petua orang lama juga boleh diguna pakai bila anak-anak mahupun orang dewasa mengalami gejala demam ini. Korang ambil sedikit asam jawa yang direndamkan dalam semangkuk air, kemudian ramas asam jawa tersebut dan letakkan air asam jawa di ubun-ubun kepala sebelum tidur. Kaedah ini betul-betul berkesan!

5. Air Kelapa Muda

Air kelapa muda dikatakan mempunyai elektrolit tinggi yang berkesan untuk menurunkan suhu badan. Jangan tak tahu, bila korang demam dan minum jer air kelapa ni secara automatiknya badan korang akan rasa lebih segar.

Tapi bukan nak cakap lah, selalunya petua lama-lama ini sangat-sangat mujarab. Cuma bila dunia bergerak ke arah dunia maju ini, ramai diantara kita yang tidak percayakan petua nenek moyang ini.