Angin tiada ribut tiada tiba-tiba seorang wartawan akhbar tempatan menulis tentang seorang komposer yang sudah senyap-senyap berkahwin lain di Pattani, Thailand, Januari lalu.
Hint yang di’beri oleh penulis artikel tersebut ialah isterinya seorang penyanyi yang baru berjinak-jinak dengan bidang seni. Mesra seperti pasangan baru berkahwin walaupun mempunyai ramai anak.
Dengar cerita juga, komposer ini menanggung hutang bil telefon yang mencecah ratusan ribu ringgit kerana duduk berjauhan.
Namun setelah populariti isteri’nya mula mencanak, komposer ini di’katakan mula mengabaikan tanggungjawab dengan isteri barunya.
Penyanyi itu juga pernah di’hubungi media namun kenyataan ini di’nafikan sekeras-kerasnya. Kita tunggu sahaja perkembangan berita ini, mana tahu akan keluar Melodi.