fbpx

Gossip: Saida AF6 Bakal Kahwin Penerbit Drama Berstatus Duda?

Masih anda ingat lagi akan Saida AF6 atau nama sebenar beliau Siti Saidah Tarudin atau senang cerita kakak Dato’ Siti Nurhaliza ini? Ini kisah terbaru beliau yang kami dengar.

Menurut sumber kami yang rapat dengan penyanyi ini, Saida AF6 di’khabarkan bakal menamatkan zaman solo beliau tidak lama lagi selepas hampir setahun hidup sendiri.

Okay’lah. Not exactly sendiri tetapi anda faham maksud kami dan lelaki bertuah yang bakal bergelar suami beliau merupakan seorang duda dan bekerja sebagai penerbit drama.

Berkahwin itu bagus. Tahniah buat anda berdua & jangan lupa jemput kami tetapi apa yang menariknya, mereka di’khabarkan telah menjalin hubungan sejak 2 tahun yang lalu.

Saida AF6 sah bercerai daripada bekas suami beliau sebelum ini sekitar Oktober 2011 dan pernah di’dakwa angau terhadap seorang lelaki sehingga mengabaikan rumahtangga sendiri.

Adakah ini lelaki yang sama? Hmm.