Dan, drama pun kini menjadi lebih hangat dengan kenyataan terbaru Rita Rudaini kepada media.

Terima kasih kepada mStar Online yang sentiasa membawakan berita terkini tentang kemelut dalaman Rita Rudaini & Aidil Zafuan.


Hari ini, Rita Rudaini mengaku di media yang beliau baru sahaja menerima sepucuk surat daripada Aidil Zafuan yang kini berada di sebuah lokasi rahsia.

Menurut Rita Rudaini, surat yang tidak di’duga itu datang daripada peguam Aidil Zafuan dan beliau terkejut dengan isi kandungan surat itu yang di’sifatkan tidak masuk akal — tetapi tidak pula berani untuk mendedahkan apa sebenarnya isi kandungan surat Aidil Zafuan tersebut. 

Rita Rudaini berkata surat itu tidak patut sampai ke tangan beliau kerana untuk 8 bulan yang lalu mereka telah berjaya menjernihkan keadaan dan hubungan mereka kembali normal seperti pasangan lain.


Seperti biasa, peminat hiburan di forum mula berspekulasi yang surat kiriman Aidil Zafuan itu sebenarnya surat tuntutan penceraian dan Rita Rudaini tidak mahu perkara ini terjadi — semestinya.

Apa isi sebenar surat peguam Aidil Zafuan & apa jenis tuntutan tidak masuk akal yang di’maksudkan hanya mereka yang tahu. Tetapi, berdasarkan apa yang terjadi sejak minggu lalu, kemungkinan negatif itu ada. Hmm.