fbpx

Hampir sebulan juga kisah ini berlegar di’beberapa akhbar utama tempatan — tidak ketinggalan juga forum.

Hujung minggu lalu, dua akhbar utama Malaysia menyiarkan dua buah kisah yang seperti memberikan konklusi kepada gossip yang berlegar sejak kebelakangan ini.

Al-kisahnya seorang pelakon wanita popular yang juga bekas isteri kepada seorang VIP ini di’katakan sudah mengandung dengan bayi hasil hubungan kekasih yang di’katakan punca mereka bercerai.

Selepas bercerai, pelakon wanita ini di’katakan menjaja kepada media membidas perbuataan bekas suami yang enggan memberikan nafkah seperti di’tuntut dan hidup’nya agak sukar dari segi kewangan sejak itu.

New Straits Times melaporkan yang pelakon popular ini kini berada di Bali, Indonesia menanti kelahiran anak luar nikah beliau beberapa bulan lagi selepas kekasih hati tidak mahu bertanggungjawab.

Lebih memedihkan hati si pelakon popular ini ialah sang kekasih mendakwa yang beliau tahu pelakon wanita ini mengandung adalah hasil hubungan dengan seseorang atas dasar mahu watak dalam drama TV.

Kalau anda betul betul mengikuti perkembangan dunia hiburan, pasti ada satu nama muncul dalam kepala — dan kami sedang berusaha mendapatkan kenyataan dari nama tersebut. Atau ahli keluarga beliau yang tahu. Stay tuned!