fbpx

Gossip: Mohon Cerai Kerana Suami Panas Baran, Tangan Naik Ke Muka

Ketika keluar berita di’dada akhbar tentang permohonan cerai pelakon ini, semuanya nampak seakan baik dan perpisahan mereka seakan satu kerelaan kedua dua pihak.

Namun, memang ada kisah hitam yang terpaksa di’lalui aktress ini sebelum nekad untuk memohon cerai daripada suami yang di’kahwini semenjak lebih lima tahun.

Menurut sumber terdekat dengan aktress ini, hidup pasangan ini sudah tidak tenteram sekian lama dek kerana perangai si suami yang panas baran & sering memaki hamun.

Suami aktress ini yang bukan orang dunia hiburan di’khabarkan cukup ringan tangan jika ada pertelingkahan terjadi dan anak anak mereka juga sering menjadi mangsa.

Aktress yang sudah lama bertapak ini cuba untuk bersabar dengan perangai si suami tetapi apabila memikirkan nasib anak anak, keputusan bercerai merupakan jalan terbaik.

Tetapi permintaan beliau untuk bercerai secara baik di’tolak si suami kerana khabarnya beliau mahu menuntut kediaman mereka yang jelas merupakan hak si aktress ini.

Kami yang jauh ini hanya mampu doakan proses penceraian mereka berjalan lancar dan semoga tidak terdedah apa yang tidak patut kepada pengetahuan para peminat. Hmm.