Gossip: Khairul Fahmi Che Mat & Liuniey Sorok Hubungan Cinta?Tiada perlawanan untuk pasukan bola sepak Malaysia malam ini ‘kan? Kajian menunjukkan gossip Khairul Fahmi Che Mat (Apex) mampu mengubah sejarah sukan Malaysia. Heh.

Beberapa bulan lalu, kecoh satu Malaysia apabila Apex di’katakan bercinta dengan seorang model dan ahli perniagaan Leuniey atau nama sebenar Nur Eilunie Natasha Nazri.

Namun kedua dua’nya menafikan sebarang hubungan cinta antara mereka berdua & menegaskan antara mereka hanya hubungan professional. Apakah status hubungan mereka kini?

Gambar di’sebelah merupakan paparan terakhir avatar Apex di akaun Blackberry Messenger & kenyataan terakhir penjaga gol kebangsaan yang beliau kini single seakan tidak sah lagi.

Beberapa orang peminat Apex ada memberitahu kami yang kedua dua selebriti ini semakin berani menunjukkan kemesraan melalui sosial media termasuk menunjukkan cincin tanda cinta.

Kalau bercinta pun, apa salah’nya. Masing masing mempunyai kerjaya hebat, masing masing masih mencari cinta. Peminat pasti akan mendoakan hubungan kalian berdua. Heh.