fbpx

Gossip: Kereta Mewah Jemput Nur Fathia Di Kampus Hampir Setiap Malam

Hampir ke penghujung waktu kerja & kami sajikan gossip baru buat anda semua, kali ini berkaitan pelakon yang agak baru tetapi panas di’pasaran Nur Fathia.

Dalam temubual dengan media baru baru ini, Nur Fathia ada mengakui yang dirinya kini masih single dan ingin menumpukan perhatian kepada pelajaran & juga karier beliau sebagai pelakon & model.

Lumrah hidup di kampus, Nur Fathia yang merupakan pelajar jurusan undang undang UiTM Shah Alam ini menjadi perhatian mata ramai pelajar di’sana.

Timbul satu kisah dari informasi yang kami terima, Nur Fathia khabarnya di’jemput oleh seseorang hampir setiap malam di kampus UiTM. Dan, menurut sumber, seseorang itu datang dengan kereta mewah.

Tidaklah kami pasti siapakah gerangan ‘seseorang’ yang di’maksudkan sumber yang turut menuntut di UiTM Shah Alam itu. Mungkin ahli keluarga, mungkin kenalan rapat.

Namun yang menjadi persoalan di’hati pemberi maklumat kami ini, beliau perasan bukan satu jenis kenderaan mewah datang menjemput Nur Fathiah & bukan individu yang sama.

Sudah nama’nya gossip, maklumat juga rapuh bagai biskut Jacobs. Anggap ini sebagai maklumat santai untuk anda semua. Nur Fathia still rock!