fbpx

Gossip: Filem Gerimis Mengundang Tukar Pengedar Kerana Mengejar Untung?

Orang meniaga mana yang tidak bermotifkan keuntungan bukan? Fakta mudah yang perlu di’terima semua orang tetapi ada situasi terjadi di’mana keuntungan ini nampak buruk.

Malam tadi sepatutnya berlangsung majlis tayangan perdana filem Gerimis Mengundang yang di’arahkan oleh Ahmad Idham dan terbitan bersama Excellent Pictures & Erama Creative.

Namun pembatalan saat akhir menimbulkan tanda tanya di’kalangan pihak media dan peminat yang telah di’jemput hadir. Dan, ada khabar yang kurang senang mula kedengaran.

Pihak atasan Erama Creative di’katakan dengan tiba tiba melantik pengedar baru untuk filem ini sehari sebelum tayangan perdana yang sudah di’rencana oleh Excellent Pictures.

Erama Creative melalui pengarah eksekutif mereka, Datuk Affendi Mohd Hamdan telah melantik Metrowealth (MIG) Movies Production sebagai pengedar baru dengan satu tujuan.

Supaya filem Gerimis Mengundang boleh masuk ke Astro First untuk memaksimakan keuntungan yang di’peroleh oleh pihak penerbit. Pengarah Gerimis Mengundang, Ahmad Idham ketika di’hubungi mengesahkan yang filem ini sudah bertukar pengedar & maklumat lanjut bakal menyusul.