fbpx

Kami tidak pernah mengikuti program Gadis Melayu, namun hasil carian kami di Google,nama Aishah Zainal timbul dengan mudah.

Ini adalah kerana Nur Aishah Zainal merupakan naib juara untuk program pencarian Gadis Melayu musim pertama sekitar tahun 2009 dahulu.

Al-kisahnya, dalam Harian Metro hari ini, wartawan gossip mereka menulis perihal Ally Iskandar yang mahu bertunang.

Majlis pertunangan itu di’katakan bakal berlangsung hari ini di kediaman keluarga Aishah Zainal di Taman Sri Intan, Ampang.

Kami tidak tahulah jika Aishah Zainal yang di’maksudkan dalam artikel itu benar benar merujuk kepada si gadis Melayu ini atau individu bernama serupa.

Kita nantikan sahaja sehingga akhir hari ini jika ada apa apa perkembangan dari mulut Ally Iskandar sendiri.