Gone Girl: Kisah Gelap Rumah Tangga Si Psiko, Tawar Kejutan Tersendiri
“He may truly kill me!” itu antara catatan Amy Dunne dalam diarinya.
GONE GIRL (2014) ialah sebuah filem drama thriller terkini arahan David Fincher yang terkenal dan terbukti pernah membikin filem-filem hebat terdahulu. Kali ini beliau mengarahkan sebuah filem adaptasi novel yang kedengaran sangat mudah asas ceritanya mengenai kisah seorang isteri yang hilang dari rumah. Adakah wanita itu diculik, dibunuh atau melarikan diri? Anda harus menyaksikannya di pawagam tempatan sekarang untuk mendapat jawapan yang pasti.
AMARAN: Ulasan seterusnya mungkin mengandungi spoiler, baca dengan risiko sendiri
Gone Girl dibuka dan ditutup dengan babak yang sama iaitu suara latar Nick Dunne (Ben Affleck) cuba menduga apakah dalam fikiran isterinya, Amy Dunne (lakonan hebat Rosamund Pike). Berdurasi hampir 2 jam 30 minit, filem ini seboleh-bolehnya hendak setia kepada perjalanan cerita novel asal, dimana skrip filem adaptasi juga ditulis oleh Gillian Flynn, penulis novel Gone Girl.
Ia sejenis filem yang memberikan anda berbagai sisi pandangan yang sentiasa berubah-rubah di sepanjang penontonan kerana konflik yang dipecah-pecahkan mengikut siapa yang empunya cerita. Struktur paparan kronologi penceritaannya berselang-seli kisah Nick dan kisah Amy secara berasingan, sedangkan mereka ialah pasangan suami-isteri. Ringkasnya, filem ini berasaskan ‘he said, she said’.
Persoalan demi persoalan ditanya dan selidiki oleh Detective Rhonda Bone (Kim Dickens) mengenai latar kehilangan Amy dari Nick menjadikan filem ini di awalnya seumpama kisah mencari ‘orang hilang’ yang nampak mudah sahaja sebagai sebuah filem kepolisan yang biasa. Ia hanya menyerlahkan babak demi babak bercerita apa yang terbuku di dalam fikiran Amy melalui catatan diari dalam flashback, bercampur-baur dengan rentetan fakta yang diceritakan oleh Nick kepada Rhonda dan adik kembarnya Margo (Carrie Coon).
Namun begitu apabila filem ini bergerak sehingga ke tengah, ia semakin menggusarkan dan berubah menjadi kisah yang lebih rumit dimana memusingkan kembali penceritaan di hari kejadian kehilangan Amy, dari kaca mata Amy sendiri apa sebenarnya yang telah berlaku? Dari titik pertengahan itulah, penonton akan dikejutkan dengan berbagai perihal yang amat di luar jangkaan tentang misteri Amy yang mampu mengubah persepsi penontonan anda secara total sehingga ke penghujung klimak filem ini.
Gone Girl melapiskan kisah Amy yang hilang dengan huru-hara penerimaan dan reaksi masyarakat yang diapi-apikan lagi oleh media di tengah-tengah kemelut itu. Kehilangan seorang gadis ‘semanis dan sesempurna’ Amy Dunne yang menjadi idola serta sangat popular melalui rentetan buku berjudul ‘Amazing Amy’ semenjak kecil karangan oleh ibu bapa Amy sendiri ialah nilai berita dan gosip yang sangat sensasi untuk laku selaku-lakunya dijual oleh media.
Kisah kehidupan pasangan Amy dan Nick yang dikatakan sangat bahagia secara luarannya setelah 5 tahun mereka berumahtangga merupakan bahan tarikan utama kepada media untuk mengorek apakah rahsia ‘dalam kelambu’ mereka berdua? Perkara yang sama mungkin seringkali berlaku di luar sana apabila melibatkan konflik pasangan selebriti atau orang-orang ternama yang berlaku secara tiba-tiba. Tanggapan masyarakat ialah mesti ada sesuatu yang tidak kena? Filem ini begitu berjaya menekap reaksi masyarakat secara umum yang sangat gemar untuk menjaga tepi kain orang dan menyebarkan gosip tanpa bukti yang sahih.
Dalam filem ini, rancangan bual bicara tv oleh Ellen Abbott (Missi Pyle) dan Sharon Schieber (Sela Ward) yang kononnya mahu memahami dan membongkar punca sebenar di sebalik khabar angin rumahtangga Nick dan Amy yang bergoncang dan keretakan sebelum kehilangan Amy. Kisah kontroversi itu sudah tentu ialah ‘lombong emas’ untuk meraih rating tv yang tinggi melalui spekulasi dan tekaan yang dibincangkan merujuk pendapat ahli pakar berbagai bidang dan orang sekeliling pasangan itu.
Kemudian ia merebak dan berantaian mencetus perbincangan umum dalam media sosial, media cetak dan elektronik walaupun Amy belum ditemui. Akibatnya, Nick menjadi sasaran suspek utama pihak polis serta tuduhan rambang masyarakat berdasarkan petanda-petanda asas yang mungkin menjurus konklusi bahawa Amy telah dibunuh?
If you can’t beat them, join them. Permainan media menyuapkan masyarakat dengan sangkaan yang kedengaran seolah-olah fakta itu dipergunakan semula oleh Nick melalui nasihat peguamnya, Tanner Bolt (Tyler Perry) untuk muncul secara suka rela di kaca tv untuk memberi pendapat yang kelihatan sangat jujur. Tetapi tindakan berani Nick itu akan mencetus implikasi lain yang lebih menakutkan ke babak-babak penghujung filem ini. Gone Girl bermain dengan kepercayaan anda sebagai penonton, mana yang betul, mana yang dusta?
Filem ini sangat baik diceritakan kerana kedua-dua pelakon utamanya Rosamund Pike dan Ben Affleck begitu terbentuk hampir sempurna, luaran dan dalaman membawa perwatakan sebagai suami-isteri. Watak Amy dan Nick yang digambarkan berselang-seli membawa membawa kisah masing-masing di peringkat awal filem, ditembungkan dalam babak-babak finale yang lebih cabar-mencabar. Faktor selain cerita dan lakonan yang baik, muzik latar Gone Girl juga diadun mengikut rentak turun-naik plot yang ketara mengikut emosi setiap babaknya.
KESIMPULAN
Gone Girl (2014) mungkin kedengaran seperti plot cerekarama kisah konflik rumahtangga yang kebiasaan sahaja. Pahit-manis dalam kehidupan seharian suami-isteri seperti Amy dan Nick sememangnya dirasai oleh semua pasangan yang berkahwin. Barangkali hebatnya filem ini kerana mengandaikan realisme yang lebih pedih, perit dan menggerunkan apabila konflik dalaman rumahtangga berpunca dari masalah kewangan dan ketidakjujuran yang seakan barah dibiarkan terlalu lama merebak tanpa membenarkan jalan keluar iaitu penceraian cara baik.
Marah yang perlahan-lahan disimpan akhirnya menjadi dendam kesumat yang membuak-buak. Sudahnya, Nick dan Amy terpaksa akur dan terperangkap mengikut janji-janji dari mulut mereka sendiri yang dipamerkan di media dan ke mata masyarakat untuk terus bersama demi untuk kelihatan seperti benar-benar bahagia.
Saya berikan 5 BIJI ROTIKAYA.
5biji? seriously? wahhh.. wajib tengok ni!!
baru tengok semalam..
berbaloi untuk ditonton
masalah sekarang : amy mengandung anak siapa?
kayaknya anaknnya si desi, sebelum dibunuh kan dia sempat melakukan ‘itu’
a must-watch-movie.
watched it…it was awesome.
5/5
baru tgk semalam gak..mmg nice jalan cerita dan lakonan masing2..
agree dengan rating rotikaya..
anak Amy mmg anak dengn Nick cume nye bukan mengandung lepas buat hubungan tapi melalui tabung sperm laki die..ade die cakap btol2 sebelum dorg interview dgn Ellen dan sblm Nick hempuk pale Amy kt dinding.
mule2 simpati ngn Amy tapi lepas die bunuh Barney/Desi trus rase mmg Amy ni psiko..
pape pon cite ni best untuk dilayan!
the best movies for year 2014. lain dari lain. jalan cerita yang sangat best. mmg patut dapat 5 bintang.
cerita ni bagus, tapi tak sebagus Fury. Saya pilih Fury best movies 2014. Sebab wlaupun jln cerita dia slow, sbenarnya dia mmbebaskan penonton merasai sendiri suasana atau kesan situasi peperangan tu.
bru lps tgk jap tadi..mmg berbaloi utk ditonton..
fury tu dengar review mcm ok. tapi xsempat tgk showtime tak banyak .promote pun kurang. kisah perang ke? brad pitt kan
ermmm… this movie x bole bg 5 bntg,da bole agak ape yg jd.. not best movie for 2014, prefer the maze runner
dumb & dumber to lagi best bongok kot?
rmai yang kata best,,, tapi tak tgok lagi hehehe mana tahu best ke tak kn ? – kedaionlinemy.com
best movie ni lain dari yang lain http://gollumpus.blogspot.com/2014/12/movie-review-gone-girl-2014.html
Best cerita ni. Menarik dan boleh jadi pengajaran untuk suami yang miskin,malas, dan curang. Seorang isteri yang baik boleh jadi gila kerana merasa dirinya terancam dan tidak selamat. Lelaki diluar sana berfikirlah sejuta kali sebelum anda curangi isteri anda. Mungkin nasib anda akan seperti Nick Dunne
Nice