fbpx

Golongan OKU & Wanita Menjadi Sasaran Utama Pencapaian 100 Hari KPWKM

Dalam membincangkan pelan 100 hari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), golongan OKU dan Wanita antara yang dibangkitkan oleh Menteri Wanita dan Keluarga, YB Rina Mohd Harun.

Menurut beliau ada beberapa ciri yang akan dititiberatkan lagi mengenai golongan ini.

Selain daripada ciri khas yang ada pada Kad OKU fizikal iaitu lekukan “V” di sebelah kanan muka hadapan kad. Kad OKU digital dalam bentuk QR Code ini juga akan memudahkan ketersampaian OKU kepada semua kemudahan yang mengaplikasi QR code.

Selain itu, Kempen Pendaftaran OKU dan Program Pendampingan Sosial juga akan diadakan bagi memastikan lebih ramai golongan khas ini memperbaharui Kad OKU mereka.

Wanita Di Beri Hak Yang Sebenarnya

Tidak ketinggalan, isu wanita juga diketengahkan dalam pelan Pencapaian 100 hari KPWKM kali ini. Talian Tol Free Helpline Family Care ditubuhkan bagi mendorong golongan wanita yang selama ini dikongkong dan dianiaya tanpa pengadilan, pembelaan dan juga perhatian yang berhak untuk mereka.

Lebih-lebih lagi pada musim PKP ini, ternyata angka keretakan rumah tangga semakin membarah.

Usaha penubuhan talian ini bagi menggelakkan hal rumahtangga dijaja di media sosial tanpa sebarang pengawasan dan ini juga adalah bantuan awal untuk sesi kaunseling keluarga.

Disamping itu, penubuhan Skuad Waja juga menjadi satu rujukan bagi golongan yang sering menjadi mangsa keganasan rumahtangga.

Dengan kehadiran modul Skuad Waja yang diketengahkan oleh Jabatan Pembangunan Wanita dan Insitut Sosial Malaysia, ia dapat memberi tumpuan kepada penyampaian ilmu dan kemahiran asas psikologi dalam usaha meningkatkan keseimbangan kendiri, keluarga, komuniti setempat dan masayarakat.

Wanita Bangkit Menuju Era Kemajuan

Dalam era yang semakin maju ini, wanita kali ini tidak hanya menghayut buaian, malah turut bangkit bersama dalam mencari rezeki dengan mencuburi bidang perniagaan.

Dapat dilihat sepanjang tempoh PKP, rata-rata wanita di Malaysia melakarkan kejayaan dengan memiliki ‘gaji’ hasil dari titik peluh sendiri.

Fenomena ini mendapat perhatian YB Rina dan ini ternyata Inisiatif Wanita Bangkit@KPWKM yang disebut dalam pelan 100 hari ini bakal memberi ganjaran buat wanita.

Terutamanya daripada golongan suri rumah, B40, M40, wanita yang menjadi Ketua Isi Rumah (KIR) termasuklah ibu tunggal mahupun wanita yang ingin membantu keluarga mencari pendapat lebih.

Di bawah inisiatif ini, satu laman rasmi diwujudkan. Di mana laman rasmi ini mengandungi maklumat agensi serta syarikat yang menawarkan peluang kepada wanita untuk menjana pendapatan.

Dengan adanya pelan sebegini, kita semua dapat melihat keberkesanan Pelan 100 Hari KPWKM buat golongan OKU dan wanita. Dengan adanya inisatif sebegini golongan ini tidak lagi dipandang rendah dan tidak lagi hidup dalam dunia mereka sendiri.