fbpx

Glenn Fredly Meninggal Dunia

Astro Awani sebentar tadi melaporkan penyanyi Indonesia yang juga popular di kalangan pendengar Malaysia, Glenn Fredly meninggal dunia lewat petang tadi kira-kira jam 6 petang waktu tempatan.

Media Indonesia melaporkan, Glenn yang berusia 44 tahun meninggal dunia di Rumah Sakit Setia Mitra, Jakarta, akibat meningitis. Berita itu dimaklumkan oleh teman rapat mendian yang juga penyanyi, Tompi.

Glenn berkahwin dengan bintang dangdut, Ayu Mutia tahun lalu dan baru menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka pada Februari lalu.

Glenn atau nama sebenarnya Glenn Fredly Deviano Latuihamallo, dilahirkan di Jakarta pada 30 September 1975. Mendiang mula menceburi dunia muzik selepas memenangi satu pertandingan nyanyian pada 1995.

Glenn cukup popular di Malaysia pada era 90-an dan awal 2000 menerusi lagu Januari, Adu Rayu, Sekali Ini Saja dan Akhir Cerita.