fbpx

Giliran Zizan Razak Sindir Nur Fazura Di Instagram?

“Bila kau tiada bakat, bakat orang jangan sekat” – itulah status caption Zizan yang dimuat naik di Instagram miliknya dan perkara itu sekaligus menimbulkan spekulasi bahawa Zizan seperti mahu menyerang kembali tindakan Fazura mengkritik kumpulan Virus di MLM baru-baru ini.

BACA: Fazura Bengang Dengan Sikap Berlagak Zizan Razak Di MLM 2014?

UPDATE-1: Akhirnya spekulasi yang mengatakan Zizan dan juga Fazura bagaikan ‘berperang’ dijawab sendiri oleh Fazura apabila dia memuatnaik gambarnya keluar bersama Zizan. Jika dilihat daripada gambar mereka, sebenarnya seperti tiada masalah langsung di antara mereka.

Giliran Zizan Razak Sindir Nur Fazura Di Instagram? - ROTIKAYA

Sebelum itu, Zizan dihujani pelbagai kritikan daripada peminatnya sendiri dan dinasihatkan agar melupakan perkara tersebut dan sepatutnya memulakan langkah baru di dalam kariernya.

Giliran Zizan Razak Sindir Fazura Di Instagram? - ROTIKAYA20150204_0243

Tidak mahu keadaan jadi lebih teruk, Zizan menyifatkan apa yang ditulis sebelum itu adalah rap semata-mata dan berharap agar perkara tersebut tidak disalah erti oleh peminatnya. Nampaknya penuh kalendar Januari dan Februari dengan kisah Zizan. Kami tunggu apa isu Mac nanti. (rtky/syfq)