fbpx

Gila Ohsem! Jom Check Tempat Tarikan Menarik Di Taiwan Ni Dengan BFF Anda

Weh, best weh…bayangkan kalau pergi melancong dengan BFF anda tu. Ber OOTD pula, fuh! Apa nak dikata? Kurlas chuols…Hehe. Nak pula melancong di negara yang menarik tempat tarikannya, lagilah seronok!

Kalau anda nak tahu salah satu negara yang mempunyai tempat menarik dan menerima pengunjung yang banyak adalah Taiwan!

Republik China atau dikenali sebagai Taiwan ini juga antara salah satu negara Asia yang melestarikan budaya tradisionalnya dan ianya amat unik sekali.

Cuba anda bayangkan berada di Taiwan dengan melihat bangunan-bangunan dengan ciri futuristik, kawasan indah yang dihiasi alam semulajadi, kota penuh dengan sentuhan warisan dan kesenian. Pergh, memang betul padu gais! Layan…

Kredit: KKDay

Sebenarnya banyak tempat menarik di Taiwan yang wajib anda terokai. Percayalah ada sebab kenapa anda harus datang ke tempat menarik di Taiwan ini.

Jom kita usha 10 tempat menarik di Taiwan pilihan pengunjung seperti anda bersama BFF anda tu!

1. Hualien – Yun Shan Shuei Ecological Farm

Kredit: IG jill_700606

Kredit: IG byf515

Untuk info anda, banyak tanaman hijau di sini. Sesuai sangat untuk anda yang sukakan lanskap kehijauan. Sesuai juga untuk anda ambil gambar. Ia juga mempunyai tasik yang sangat cantik dan menakjubkan.

Bukan itu sahaja, terdapat juga resort dan banyak tarikan pelancong dalam Yun Shan Shuei Ecological Farm ini.

Kredit: IG ann1224_

Kredit: IG bella_yayayaya

Kawasan ladang atau resort ini juga direka dan dibina dengan indah. Terdapat banyak pokok di sekitar tasik yang anda boleh mengambil gambar tau.

2. Yilan – Turtle Island

Kredit: eng.taiwan.net.tw

Keindahan semula jadi Turtle Island ni memang betul-betul terpesona. Di sini anda boleh melakukan aktiviti seperti boat trip, milk lake, dan main SUP.

Kredit: IG zai925

Anda boleh menghabiskan percutian anda dengan melakukan pelbagai aktiviti menarik di sini! Tak rugi pun.

Kredit: IG ___amyxx

3. Taipei 101 Skyline 460 Observation Deck

Dari sini anda boleh tengok keseluruhan bandar Taipei yang cantik dari tingkat 89! Serius tak rugi gais.

Kredit: Picasa

Kalau dulu, selalunya pengunjung hanya boleh melihat permandangan dari 91F sahaja kan? Tapi sejak 2021, anda dah boleh melihat dari ketinggian 101F. Yelah dulu dibuka hanya untuk VIP sahaja. Tapi sekarang tak lagi.

4. Tainan – Ten Drum Cultural Village

Ten Drum Culture Village adalah tarikan kebudayaan yang patut anda dan BFF anda terjah. Mereka membuat persembahan hebat dengan kombinasi moden dan tradisi di sini. Betul menarik!

Kredit: SONY DSC

Dulunya ia adalah kilang gula lama ini kini telah berubah menjadi taman moden yang diselitkan dengan budaya Taiwan.

Kilang Taiwan yang berusia berabad-abad ini juga berubah menjadi dunia Harry Potter, skywalk,  Speedwheel setinggi 7 meter, sky swings dan juga rock climbing.

Dunia Harry potter. Kredit: IG shericc__

Dunia Harry Potter. Kredit IG d880513

5. Taichung – Gaomei Wetlands

Kredit: IG kk61515

Terletak di Daerah Qingshui di Taichung, Gaomei Wetlands adalah zon pemeliharaan ekologi di Taiwan Tengah.

Ia juga dikenali sebagai Gaomei Wetland Preservation Area, yang mempunyai tanah lembap dan terkenal dengan sumber semula jadi dan juga suasana matahari terbenam yang indah.

Dan waktu terbaik ke sini adalah pada waktu petang, di mana anda dapat merasai sendiri angin laut dan menyaksikan matahari terbenam. Ui, so nice! Fefeeling gituh.

Bukan itu jer, anda juga boleh berbasikal di sini!

6. Keelung – Zhengbin Fishing Port

Kredit: IG jiunhuang0422

Dengan bangunan yang berwarna-warni yang menarik tentu saja dapat menarik perhatian pengunjung ke pelabuhan ini.

Kredit: IG tingyu0508

Tengok gambar pun jatuh cinta, entah kalau ke sana ni mesti penuh galeri gambar OOTD kan?

7. Chiayi – Alishan National Park

Alishan Forest Recreation Area merupakan hutan simpan yang memukau pandangan sesiapa pun yang datang ke sini. Ianya dipenuhi dengan pokok ceri dan pokok gergasi sipres.

Kredit: IG vvn124

Kredit: IG vvn124

Bukan itu jer, teh gunung juga antara tarikan yang popular dan boleh dijadikan sebagai cenderahati.

Kredit IG: liz_lai

Antara dessert yang sangat sedap di sini ialah jeli buah ara yang menyegarkan serta tanaman Alishan yang istimewa iaitu perasa makanan dan wasabi yang menyerupai lobak kuda.

Taiping Suspension Bridge

Jambatan sepanjang 281 meter ini melintasi Taipingshan dan Guishan pada ketinggian 1,000 meter dari atas permukaan laut. Kalau anda nak tahu, jambatan ini terpanjang dan tertinggi di Taiwan.

Kredit: IG yue_9.3

Di sini, anda dapat menikmati pemandangan matahari terbenam Chiayi, awan gebu seperti kapas dan Meshan 36 Corners yang terkenal.

Kalau waktu malam pula, ada pertunjukan cahaya warna pelangi diadakan, iaitu satu warna setiap hari. Cantik gais! Warna merah pada hari Isnin dan oren pada hari Selasa bermula dari jam 6 petang hingga 10 malam. No wonder lah ramai pengunjung datang pada waktu malam di sini.

Fenqihu

Kredit: IG jie__53

Fenqihu ni pula adalah tempat yang mana sebelum anda sampai ke Alishan, anda akan tiba di forest railway dahulu.

Kredit: IG shehebe0516

Kredit: IG lousyisme

Jadi, anda boleh stop dulu di sini sambil boleh relax kan diri dan juga berehat sambil makan snacks. Apa yang menarik di sini, anda perlu cuba “Fenqihu Railway Lunchbox,” “Caoagui,” dan special “Train Cake.”

Fenqihu Railway Lunchbox

Tea-tasting

Kredit: Eco Cha

Alishan adalah salah satu lokasi terbaik Taiwan untuk pengeluaran teh. Teh alpine Oolong, teh Jinxuan, teh hijau dan tea bags adalah teh Alishan yang sangat popular. Jadi, anda boleh rasai teh yang hebat di sini!

YuYuPas Cultural Park

YuYuPas Tsou Cultural Tribe Park adalah tarikan pelancong yang terletak kira-kira 1,200 meter dari paras laut di daerah Alishan gunung di Chiayi County, Wilayah Taiwan. Bermula dari bahasa Tsou, YuYuPas bermaksud “sangat kaya”.

Wajib Pergi!

Jadi amacam gais? Menarik tertarik tak? Best kan. Rupanya di Taiwan ni banyak tempat yang boleh dikunjungi. Semuanya best. Kalau ada kesempatan nanti plan lah dengan BFF anda tu. Boleh lah abadikan kenangan melancong di negara orang..tak gitu?

Untuk info lanjut, anda boleh lawati laman website di LINK INI ataupun boleh jer ke FACEBOOK ini.