fbpx

Pelakon Sweet Qismina meminta orang ramai untuk berkongsikan lokasi semasa kepada keluarga atau orang terdekat terutama ketika bersendirian.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Sweet berkata tidak kira sama ada lelaki mahupun wanita perlu ambil langkah berjaga-jaga untuk keselamatan diri.

BACA: Perkongsian Elfira Loy Buatkan Sweet Qismina Terbuka Hati Pergi Kelas Agama

“Kesayangan semua, tolong kongsi keberadaan kalau sedang bersendirian, tak kisah perempuan atau lelaki. Tak kisah kalau awak mahir dalam seni mempertahankan diri, gengster macam mana sekali pun tolong kongsi keberadaan anda dengan keluarga,” tulisnya.

Dalam pada itu, Sweet turut mengingatkan agar tidak berkongsi lokasi di  media sosial kerana bimbang menjadi perhatian mereka yang mempunyai niat tidak baik.

“Orang kata menjengkelkan nak kemas kini 24 jam pun buatlah. Jangan rajin sangat kongsi lokasi awak dalam media sosial.

“Kongsi satu jam atau sehari selepas berada di tempat kejadian. Kalau rasa tak sedap hati, jangan muat naik dulu. Orang boleh kesan lokasi dan serang anda bila-bila masa sahaja,” tulisnya.

Pada perkongsian itu juga, Sweet turut mengucapkan takziah buat penyanyi Aufahaniee sekeluarga diatas pemergian Allahyarham Nidza Ahfam yang ditemukan berhampiran Jambatan Sungai Klang di Klang, Selangor selepas dilaporkan hilang.

SUMBER: Kosmo