fbpx

Kalau bab membeli telefon pintar ni, bab kamera dan rakaman video tu memang satu benda ‘wajib’ yang ramai dan kebanyakan dari anda ambil berat. Setuju tak?

Nak nak pula geng ‘kaki gambar’, ‘kaki IG’ yang nak ber’ootd’ ala-ala Instafamous, Vlogger dan Youtuber. Masing-masing berlumba-lumba nak ambil gambar paling cantik dan video yang paling wow! Penting gais, barulah ramai followers dan subscribers anda nanti.

Dan kalau anda adalah salah seorang dari ciri-ciri yang kami sebut kat atas ni, anda kena baca sampai habis untuk tahu kenapa Samsung Galaxy Note20 ni sesuai sangat untuk anda!

Gambar Memang Thorbaek!

Memang tidak dapat disangkal lagi, kamera pada Samsung Galaxy Note20 terutamanya Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G ini hadir adalah antara yang terbaik di pasaran. Hadir dengan 108MP + 12MP + 12MP + Laser Auto focus dan kamera hadapan juga tidak mengecewakan apabila ia hadir dengan 10MP.

Kalau anda suka ber’ootd’ di kafe-kafe yang femes di sekitar KL dan Shah Alam, sesuai sangat kalau bawak Samsung Galaxy Note20 ni. Memang tak mengecewakan hasilnya nanti!

Terutamanya pada anda yang sukakan ambil gambar makanan. Kami faham, sebelum makanan tu nak masuk mulut, sudah tentu lah bergambar dulu kan?

Acara wajib tu! Lepastu edit guna apps yang ada dalam telefon pintar tu nanti dan terus up di IG, uish memang superb!

Gambar Indoor Pun Cun!

Sekarang kan tengah PKPB, jangan risau kalau anda tak boleh nak keluar rumah. Jangan biarkan media sosial anda ‘bersarang’ tanpa gambar yang cantik kerana dengan Samsung Galaxy Note20, anda shooting dalam rumah pun nais gais!

Set up jer dengan beberapa props yang ada kat rumah tu, dan terus shoot gambar! Walaweh, confirm cantik! Yang penting anda kreatif dan ada kamera yang terbaik, so tak ada masalah lagi!

Hasil gambar pada telefon pintar ini perinciaannya sangat halus dan warna yang terhasil sangat vibrant walaupun anda berada dalam situasi low light. Hebat kan?

Nak Edit Gambar Pun Mudah!

Nak letak dalam IG haruslah gambar kena mantap! Edit gambar anda untuk nampak profesional dan polished. Barulah orang suka tengok. Kalau menggunakan Samsung Galaxy Note20 ni anda boleh terus buka photo editor, buka gallery anda dan tap jer gambar yang anda nak edit tu.

Bila dah buka, tap pencil icon dan mula edit dengan buka editing panel yang mana anda boleh crop, rotate, buat tone adjustments, add text, apply filter ataupun lukis gambar guna S Pen. Cepat dan sangat mudah!

Anda jugak boleh enhance gambar dengan meletakkan tone corrections seperti contrast, saturation dan brightness.

Sesuai sangat untuk anda yang gemar menggunakan Note20 dalam kerja harian, tentu sekali gambar yang cantik memainkan peranan penting untuk diletakkan di laman media sosial anda tu.

S Pen Sebagai ‘Magic Stick’

Macam yang anda dah tahu, kewujudan S pen yang menggunakan Air Gesture ni memang sangat-sangat awesome gais. Apa yang menariknya, anda boleh edit terus gambar anda menggunakan S Pen ini. Lagi mudah untuk anda edit gambar dikongsi bersama dengan rakan-rakan.

Bukan itu jer, ciri S Pen yang boleh melakukan kawalan dari jauh amat berguna ketika anda mengambil gambar swafoto berkumpulan selain sokongan kawalan zum dan audio adalah satu kelebihan memiliki telefon pintar ini.

Rakaman Video Hebat Untuk Vlogger & Youtuber!

Jika anda seorang yang gemar melakukan suntingan video, ciri S Pen ini menjadi satu kelebihan. Bila anda melakukan suntingan video dirasakan cukup mudah berbanding menggunakan jari anda.

Note20 juga dihasilkan untuk anda yang memerlukan peranti serba praktikal. Siri Galaxy Note 20 juga menyokong rakaman video 8K, selain turut dilengkapi sokongan DeX.

Untuk yang belum tahu, DeX adalah ciri yang memberikan pengalaman seperti dekstop. Pengguna boleh menyambungkan papan kekunci, tetikus dan monitor dengan mudah. Nama “DeX” itu pun bermaksud “Desktop eXperience”.

Rakaman video pada peranti ini juga berkualiti sama ada audio, warna dan ketepatan malah rakaman video 8K tidak menjadi masalah. Malah video anda juga nanti akan jadi lebih pro quality dan pro movie-like effects.

Anda boleh full control shot dengan ISO, shutter speed, manual focus, dan banyak lagi options dalam Pro Video mode. Anda juga boleh shoot dengan kelajuan 24fps dan pilih antara 16:9 or 21:9 aspect ratios untuk meningkatkan cinematic feeling. Memang sesuai amat untuk anda yang nak buat vlog dan juga video Youtube.

So gais, jangan tangguh-tangguh lagi, anda boleh check out tentang Samsung Gallery Note20 ini DI SINI.

Tebus Galaxy Buds+ PERCUMA Dengan 3 Langkah Mudah!

Memang tak dapat disangkal lagi bahawa Samsung Galaxy Note20 ni sangat power untuk aktiviti harian anda. Tetapi ada lagi benda yang boleh menjadikannya lebih baik. Anda boleh dapat lebih banyak penjimatan dengan hadiah eksklusif, peranti super-charged yang anda idamkan!

Untuk memastikan anda mendapat pengalaman Galaxy sepenuhnya, Samsung nak bagi anda sepasang Galaxy Buds+ (Mengikut terma dan syarat) bernilai RM599 dengan setiap pembelian telefon pintar Galaxy Note20! Betul, dengan promo baru ni, anda dapat menikmati pengalaman telefon pintar yang lengkap dari dalam kotak; dari kameranya yang produktif dan jugak visual yang awesome untuk audio.

Bermula SEKARANG hingga 30 November 2020 ini, tebus Galaxy Buds+ PERCUMA anda semasa anda membeli Siri Galaxy Note20. Ingat stok memang TERHAD jadi anda memang kena cepat pasal first come first serve! Mudah jer, anda follow langkah mudah kat bawah ni:

Langkah 1: Anda beli Galaxy Note20, Galaxy Note20 5G atau Galaxy Note20 Ultra 5G.

Langkah 2: Pergi ke Halaman Promosi Samsung DI SINI dan klik “Redeem Now” (Semua penembusan perlu dihantar melalui Samsung Redemption Portal pada 7 Disember 2020.) Setelah anda daftar atau log masuk ke akaun Samsung, isikan butiran yang diperlukan dan lampirkan bukti pembelian atau resit.

Langkah 3: Setelah selesai, Samsung Galaxy Buds+ akan dihantar ke alamat anda dalam masa 30 hari bekerja dari tarikh penyerahan penebusan anda.

Siri Galaxy Note20 ini pasti menjadikan hidup anda lebih mudah dalam menyesuaikan diri dengan norma baharu sekarang ni. Kami pasti Samsung Galaxy Note20 memberikan pengalaman yang tiada tandingan!

Jadi, jadikan Galaxy Note20 milik anda hari ini! Galaxy Note20, Note20 5G dan Note20 Ultra 5G yang masing-masingnya berharga RM3,899, RM4,299 dan RM5,199. Tawaran ini boleh didapati di Samsung Online Store, Samsung Experience Stores and Samsung Authorized Partners terpilih.

Fungsi yang hadir pada telefon pintar ini sangat sesuai dengan gaya hidup anda. Jadi dengan harganya ini, kuasa kamera pasti dapat mencapai paras apa yang anda ingini! Untuk lebih banyak lagi maklumat mengenai promosi siri Galaxy Note20 ini, KLIK LINK INI.