fbpx

Meskipun masih berbaki 33 hari jer lagi untuk tahun 2023 berakhir, kami dah pun menerima berita baik bagi tahun 2024! Ini yang buat kami lebih teruja untuk berkongsi dengan korang semua.

Alif Satar & The Locos bakal membuka tahun 2024 dengan sebuah khabar gembira buat seluruh peminatnya. Korang bakal bertemu dengan mereka pada 7 Januari 2024 di Zepp Kuala Lumpur. Inilah buah tangan yang korang nanti-nantikan tu, tak sabarnya!

Lebih menakjubkan, pada malam pertemuan tersebut turut menampilkan penyanyi Indonesia, Anggi Marito yang semakin mencuri perhatian dengan lagu hitnya, Tak Segampang Itu.

A Night With Alif Satar & The Locos And Anggi Marito ini bakal menyajikan pelbagai lagu-lagu hit mereka untuk korang. Kami pasti gabungan kedua penghibur ini membuatkan korang akan rasa terhibur pada malam tersebut!

Bukan itu jer, Alif Satar & The Locos serta Anggi Marito turut akan mempamerkan vokal mereka secara solo dengan genre yang berbeza namun akan tetap ‘bersatu’ di atas satu pentas.

Istimewanya, korang boleh melihat kekuatan dalam Alif Satar & The Locos dan Anggi Marito dengan cara masing-masing.

Kami pasti hasil idea penganjur, Mutiara Optimum Sdn Bhd dan penganjur bersama, MND Sport & Event Sdn Bhd ini pasti tidak akan menghampakan korang semua!

“Semoga gabungan penyanyi Malaysia dan Indonesia ini bukan hanya mengukuhkan silaturahim dan mengeratkan hubungan bisnes industri muzik tetapi juga menyatukan citarasa Nusantara peminat,” ujar Harith Daniel dari MND Sport & Event Sdn Bhd.

Bagi Alif, menerima lamaran pihak penganjur untuk melaksanakan A Night With Alif Satar & The Locos And Anggi Marito ini adalah sebuah apresiasi yang ditujukan kepada industri dan peminat yang tidak pernah lelah menyokong karier nyanyiannya selama ini.

“A Night With Alif Satar & The Locos And Anggi Marito bukan hanya tentang Alif Satar & The Locos sahaja tapi saya melihat dalam konteks yang lebih besar apabila digabungkan dengan Anggi Marito.

“Ini adalah tentang silaturahim dua negara serumpun, tentang muzik menjadi jambatan kepada pengkarya untuk saling bertukar idea dan berkembang.

“Tapi saya tidak mahu berbohong kerana sesungguhnya kami sangat teruja untuk bertemu peminat dan dapat menghiburkan mereka selepas agak lama tidak membuat persembahan dengan durasi yang agak panjang,” kata Alif.

Jadi, korang jangan terlepas untuk menonton A Night With Alif Satar & The Locos And Anggi Marito pada 7 Januari 2024 di Zepp Kuala Lumpur. Saksikan sendiri gabungan mantap dua buah negara dalam satu pentas!

Sebelum terlupa, kami sertakan sekali harga tiket A Night With Alif Satar & The Locos And Anggi Marito. Bagi kategori  SILVER (free standing) RM198, GOLD (free standing) RM218, PLATINUM (normal seat) RM258, DIAMOND (premium seat) RM328 dan VIP BOX (meet & greet) – RM475 (setiap ticket).

Manakala untuk sesi MEET & GREET (add on) boleh dibeli dengan harga RM158 menerusi talian 03-8605 0195 atau layari [email protected] di Myticket.asia.