fbpx

Gelar Anuar Zain Gay, Ziana Zain Anggap DSV Biadap

Sejak semalam tular video Datuk Seri Vida dimana jutawan komestik menggelar penyanyi bersuara merdu iaitu Anuar Zain sebagai gay.

Ia berikutan ada netizen memberi cadangan supaya Vida mengorat penyanyi. Namun, jawapan diberikan Vida ternyata mengejutkan ramai.

BACA: Netizan Marah DSV Gelar Anuar Zain Gay

Video tersebut bukan sahaja mengundang kemarahan ramai, malah kakak kepada penyanyi itu iaitu Zaina Zain yang turut meninggalkan komen pada video tersebut menyifatkan kenyataan Vida itu sangat biadap.

Terdahulu, ramai yang kurang senang dengan gelaran diberi oleh Vida itu, netizen mengatakan tidak sepatutnya keluar perkataan tersebut.

Dalam pada itu, ada netizen mengatakan Anuar Zain boleh mengambil tindakan undang-undang di atas kenyataannya itu apatah lagi melibatkan fitnah dan soal maruah.