Baru-baru ini perkongsian pelakon Hariz Hamdan menjadi perhatian apabila memuat naik video memaparkan dia menaiki cable car bersama Nelydia Senrose, Ezzanie Jasny dan kru produksi lain.
Menerusi video itu, Nelydia dilihat ketakutan menaiki cable car berkenaan kerana gayat dan memeluk lengan Hariz menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan netizen.
BACA: “Saya Tak Akan Berhenti Mencuba Jadi Manusia Lebih Baik” – Nelydia Senrose
Diruangan komen rata-rata netizen mempersoalkan tindakan Nelydia yang memeluk tangan aktor berkenaan kerana ada kru wanita di sebelahnya serta ada yang mendakwa aktres itu mengada.
Malah, ada yang memberikan teguran susulan tindakan Nelydia itu apatah lagi statusnya sebagai isteri orang, namun ada yang mengatakan apabila takut pasti akan rasa panik sehingga tidak sedar tindakan mereka.
