fbpx

Jurugambar kami boleh jadi nakal kadangkala, lihat sahaja di’mana Shila Amzah di’tarik untuk adakan sessi fotografi.

Kami bertemu Shila Amzah di majlis pelancaran Konsert Semangat Inspirasi yang mana akan berlangsung secara serentak di empat lokasi dan di’siarkan secara langsung menerusi TV3 pada 11 Disember ini.

Shila Amzah akan membuat persembahan di Bukit Kiara Equestrian Indoor Arena, KL bersama sama duta Semangat Inspirasi Coca Cola Tomok, Bunkface, Meet Uncle Hussain, Wings & penampilan khas kumpulan rock indie Britain, One Night Only.

Menurut Shila Amzah, beliau akan keluar dengan album penuh sekitar tahun 2012 yang bakal menampilkan 100% lagu ciptaan beliau sendiri.

Selepas berjaya menempatkan Patah Seribu ciptaan sepenuhnya oleh Shila Amzah sendiri di’hati peminat, beliau nampaknya mengambil langkah berani untuk tampil dengan album dengan acuan tersendiri.