Ini seperti sebuah entri tidak cukup masak kami rasa kerana kami hanya miliki sekeping gambar tanpa maklumat yang sepatutnya.
Tetapi, gambar di’atas jelas menunjukkan Ash sedang bahagia mencium tanda cinta buat Sherry Merlis dalam satu majlis yang kami kira sebagai majlis nikah berasaskan suasana dan keintiman mereka.
Jika majlis pertunangan, pastinya Ash tidak akan berpakaian sebegini dan juga tiada adat membatal air sembahyang seperti gambar di’atas (betulkan kami).
Awal November 2011 yang lalu, Ash & Sherry Merlis memberi satu kenyataan kepada media mengatakan yang beliau tidak akan bernikah hujung tahun 2011 seperti yang di’gembar gemburkan oleh peminat.
Jika benar seperti dakwaan pengirim e-mail kepada kami yang mengatakan mereka berdua sudah bernikah, tahniah dari pihak kami Rotikaya HQ. Jangan lupa jemput kami untuk resepsi. Heh.