Kalau anda tidak mengikuti siaran langsung menerusi Astro Awani malam ini, kami seperti biasa akan berusaha lebih untuk membawakan yang terkini daripada lokasi majlis pernikahan Scha al-Yahya & Awal Ashaari di Hotel Pullman Lakeside, Putrajaya.


UPDATE-1: Scha al-Yahya memberikan 9 dulang hantaran berbalas 7 dulang dari pihak Awal Ashaari. Mas kahwin bernilai RM2,050. Pasangan ini nampak ceria dalam persalinan serba putih.

Berikut merupakan gambar gambar terawal yang kami perolehi sekitar majlis akad nikah Scha al-Yahya & Awal Ashaari yang berlangsung bermula sekitar jam 8.30 malam hari ini.