fbpx

Gambar: Sekitar Majlis Hari Lahir Datuk Siti Nurhaliza. Happy Birthday!

Hari ini bertarikh 11 Januari 2011 (1/1/11), dengan susunan angka sebegitu cantik, kita mulakan dengan kisah hari lahir seseorang.

Malam tadi, berlangsungnya satu majlis meraikan hari lahir ke 32 Datuk Siti Nurhaliza di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur.

Dalam majlis yang sama juga, Siti Nurhaliza turut melancarkan satu kempen khas untuk jenama kosmetik beliau — Wajah-Wajah SimplySiti.

Kempen ini secara asas’nya bertujuan untuk mencari sebanyak mungkin wajah pengguna kosmetik SimplySiti meraikan mereka pada majlis kemuncak Malam Gala Simply 1.

Persoalan’nya sekarang, apakah hadiah dari Datuk K buat Datuk Siti Nurhaliza sempena hari lahir ke 32 ini? Adakah hadiah’nya mampu membuat kemunculan muka hadapan KOSMO! esok?

Joe Lee (KlubbKidd) & Datuk Farid Ridzuan (@FaridRidzuan) yang turut berada dalam majlis sambutan hari lahir Siti Nurhaliza ini berkongsi beberapa keping gambar eksklusif untuk tatapan anda semua.