Apabila kami penat begini, kadang kadang kami hampir hilang tenaga untuk memulas keringat mencari gossip. Konon.


Sebagai ganti, apa kata kita layankan gambar terkini Scha al-Yahya yang menjalani pengambaran Awan Dania musim ke-3 di Perth, Australia.

Pegawai eksekutif pentadbir akaun Facebook Scha al-Yahya sudah memberi amaran supaya jangan copy gambar tanpa kebenaran.

Bila kami fikirkan balik, macam sedikit kurang bijak tindakan sebegitu kerana sebagai orang dalam industri seni, publisiti adalah nombor satu.

Jika di’sekat sekat media menyiarkan gambar & membuat liputan tentang seseorang artis tersebut, tidak’kah ianya menunjukkan artis ini seolah-olah eksklusif tidak bertempat.

Dan, Scha al-Yahya ada mengadu manja kepada peminat yang beliau kini merasa keletihan dek kerana sudah hampir tiga bulan bekerja tanpa henti.

Biasalah Scha, artis kalau mahu naik tinggi melangit & di’hormati peminat, mesti bekerja keras. Apa’lah sangat tiga bulan jika di’bandingkan dengan anugerah & pengiktiran di’masa hadapan. Heh.

Untuk anda peminat setia Scha al-Yahya, kami siarkan sedikit gambar beliau ketika berada di Perth, Australia baru-baru ini. Selebih’nya, baik anda jadi peminat Scha al-Yahya di Facebook.

Sekurang-kurang’nya pegawai eksekutif pentadbir akaun Facebook tersebut boleh berlembut hati dengan kami kerana membawa peminat baru ke sana.

Tapi, mengikut rekod kami yang banyak kali menulis tentang Scha al-Yahya, kami akan kena hentam terlebih dahulu. Heh. Enjoice!