fbpx

Gambar: Lisa Surihani Raikan Dua Orang Ibu Di Butik Coach

Baru baru ini, Lisa Surihani telah di’undang oleh pihak Coach Pavilion Kuala Lumpur untuk meraikan sambutan Hari Ibu di butik jenama mewah berkenaan. Bertuah kedua dua ibu Lisa Surihani.

“Inilah masanya saya melayan dan memanjakan dua insan istimewa dalam hidup saya ini dengan membeli belah di butik Coach khusus pada Hari Ibu ini,” jelas Lisa Surihani kepada Harian Metro, Sabtu.

Lisa Surihani hadir ke majlis ini bersama ibu kandungnya Siti Amira Ahmad dan ibu mentua, Zarina Fenner dan kedua dua mereka telah memilih beg dengan rekaan sama sebagai hadiah dari aktress tersebut.

Dalam kenyataan yang sama juga, Lisa Surihani ada menyebut beliau & Yusry KRU sebenarnya sudah bersedia mental juga fizikal untuk membina keluarga kerana mereka memang sukakan kanak kanak.

“Saya harap semua peminat di luar sana sama sama mendoakan kami cepat cepat dapat anak yang di’idamkan,” tambah Lisa Surihani yang kini masuk tahun ketiga bergelar seorang isteri.