Pelakon Rozita Che Wan membidas komen netizen apabila ada yang mengatakan dia sudah jarang berkongsikan gambar bersama suaminya, Zain Saidin di media sosial.
Menerusi hantaran di Instagram, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta memuat naik video dengan suami sekaligus menjawab tuduhan dia sudah bercerai dengan Zain.
BACA: “Che Ta Masih Belum Bayar Hutang MARA RM443,392…”
View this post on Instagram
“Belanja gambar dengan Encik Suami. Amboi, ada yang mulut puaka dok komen ‘lama tak nampak Che Ta mesra-mesra dengan Zain. Harap-harap tak bercerai la no! Nih! Gambar laki jangan dok tayang sangat, takut nanti ada dok geram,” katanya.
Sementara itu, Che Ta turut memberi amaran kepada penyondol diluar sana supaya tidak mengganggu rumah tangganya kerana mereka belum lihat lagi dirinya ‘naik gila’.
“Tapi perempuan-perempuan di luar sana, hang jangan dok cari fasal dengan Che Ta na. Kalau hampa tak mahu ‘berlemoih’, jangan! Hampa belum tengok lagi Che Ta naik gila macam mana
Untuk rekod, Rozita dan Zain berkahwin pada 11 Disember 2013. Pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan, Aaisyah Dhia Rana kini berusia 11 tahun.