fbpx

(Gambar) Diana Danielle Sebagai Duta Jeans Levis, Rezeki Bertambah

(Sumber Gambar & Berita: mstar Online)

Sebelum apa-apa, rasanya belum terlambat untuk kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua pembaca yang masih mahukan berita hiburan tanah air.

Kami sibuk makan lemang & daging masak kicap. Nyum. Hari ini ada sedikit cerita Diana Danielle.

Walaupun ada gossip yang menyebut ibu Diana Danielle menjengkelkan ramai pengarah, namun rezeki Diana Danielle nampaknya makin bertambah.

Kini Diana Danielle sedang sibuk menjadi duta untuk beberapa produk termasuk jenama antarabangsa, Levis.

Selepas umum sedia maklum yang Diana Danielle meninggalkan teater Natrah kerana bayaran, Diana Danielle tidak putus menerima tawaran untuk berlakon termasuk di’bawah produksi Raja SMS, Mawi.