Jumaat lalu, bertempat di Suntec City, Singapura telah berlangsung majlis Anugerah Planet Muzik 2013 (APM 2013) untuk mengiktiraf bakat seni dari negara serantau dan delegasi Malaysia telah berjaya membawa pulang beberapa anugerah penting.
Paling menyerlah dalam senarai pemenang dari Malaysia adalah Hafiz Suip yang telah berjaya membawa pulang gelaran Artis Serantau Paling Popular yang tahun lepad di’menangi oleh Taufik Batisah yang merupakan penyanyi popular Singapura.
Bukan itu sahaja, Hafiz Suip turut membawa pulang anugerah berbekalkan lagu Muara Hati duet bersama Dato’ Siti Nurhaliza yang berjaya merangkul gelaran Lagu Serantau Paling Popular dan juga Duo/Kumpulan Terbaik pada malam tersebut.
Shila Amzah menerusi lagu ciptaan beliau sendiri berjudul Masih Aku Cinta muncul sebagai Lagu Terbaik Malaysia manakala gandingan Najwa Latif dan Syamkamarul bersama SleeQ untuk lagu Sahabat dinobatkan sebagai Kolaborasi Terbaik.
Berikut merupakan senarai penuh pemenang anugerah pada malam Anugerah Planet Muzik 2013 (APM 2013) yang berlangsung Jumaat lalu dan juga beberapa gambar sekitar majlis untuk tatapan anda semua. Tahniah buat semua & enjoice!
Artis Serantau Paling Popular – Hafiz Suip
Lagu Serantau Paling Popular – Muara Hati (Hafiz Suip & Dato’ Siti Nurhaliza)
Lagu Serantau Terbaik – Harus Terpisah (Cakra Khan)
Vokal Terbaik Artis Baru Lelaki – Cakra Khan
Vokal Terbaik Artis Baru Wanita – Citra Scholastika
Artis Lelaki Terbaik – Judika
Artis Wanita Terbaik – Bunga Citra Lestari
Duo/Kumpulan Terbaik – Hafiz Suip & Dato’ Siti Nurhaliza (Muara Hati)
Kolaborasi Terbaik – Najwa Latif, SleeQ & Syamkamarul (Sahabat)
Band Terbaik – NOAH (Separuh Aku)
Lagu Terbaik Malaysia – Masih Aku Cinta (Shila Amzah)
Lagu Terbaik Indonesia – Harus Terpisah (Cakra Khan)
Lagu Terbaik Singapura – Jangan Ganggu Pacarku (Aliff Aziz)
Lagu Singapura Paling Popular – Untuk Dia (SleeQ feat Najwa Latif)
Artis Singapura Paling Popular – Audionauts
Ikon Media Sosial – SleeQ
Nova Media Sosial – Hafiz Zainal
Penerima Khas APM 2013 – Black Dog Bone