fbpx

Gambar Comel Anak Lelaki Linda Rafar, Syed Aiman

Pasangan suami isteri, Linda Rafar dan Syed Aiman telah selamat menimang cahaya mata lelaki ketiga mereka baru-baru ini di Hospital Gleneagles, Ampang. Terbaru, Linda Rafar ada memuat naik beberapa gambar terbaru bayi comel mereka di media sosial untuk para peminat mereka.

BACA: Linda Rafar, Suami Selamat Timang Cahaya Mata Lelaki

Namun, walaupun selepas beberapa hari bayi ini dilahirkan, Linda Rafar dan suami, Syed Aiman masih belum mendedahkan nama sebenar bayi lelaki mereka. Rata-rata gambar yang dimuat naik di akaun Instagram milik Linda pula hanya meletakan kepsyen ringkas hashtag Baby LRSA.

Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada pasagan bahagia ini, dan semoga kelahiran cahaya mata baru ini juga harapnya bakal membuatkan rezeki pasangan ini semakin melimpah ruah di samping dipermudahkan segala urusan. Dengan ini kami kongsikan beberapa gambar bayi comel ini untuk tatapan semua. Enjoice! (rkty/w)