fbpx

Gambar: Christina Perri Di Sidang Media & Bicara Tentang Album Baru

Gambar: Christina Perri Di Sidang Media & Bicara Tentang Album BaruSelepas album pertama beliau, Lovestrong menerima sambutan luar biasa di seluruh dunia, Christina Perri sudah bersedia untuk keluar dengan album kedua.

Christina Perri yang kini dalam siri konsert jelajah beliau berkata album kedua akan mempunyai sentuhan yang sangat berbeza berbanding penampilan sulung beliau.

“Dahulu ketika album pertama, saya terpaksa membahagi masa yang ketat antara bekerja untuk album penuh & single yang kadangkala memaksa saya berlari antara studio.”

“Album kedua saya akan lebih santai,” ujar penyanyi kelahiran Amerika Syarikat yang bakal menghiburkan peminat di konsert Malaysia pertama beliau di KL Live.

Beberapa keping gambar terbaru Christina Perri untuk tatapan anda semua selepas ini. Siapa pergi konsert Christina Perri malam ini? Jumpa anda di’sana!