Hanya kawan kata mereka? Pasangan ini nampak’nya semakin tidak boleh sorok hubungan cinta mereka dari pengetahuan umum — Bali juga ada paparazzi.

Gambar terbaru yang di’terima media ini menunjukkan Ashton Kutcher & Mila Kunis di’lihat berpimpin tangan ketika bercuti di Bali, Indonesia baru baru ini.

Dan, khabarnya ketika ini Ashton Kutcher & Mila Kunis dalam perjalanan untuk menaiki pesawat pulang keluar daripada percutian ‘romantik’ mereka berdua.

Khabar angin banyak mengatakan yang pasangan ini sudah pun mula bercinta sejak April 2012 lagi namun sehingg hari ini masih tiada sebarang pengakuan daripada mereka.

Mila Kunis baru baru ini memberitahu majalah ELLE yang beliau kini memang solo & hubungan bersama Ashton Kutcher tidak lebih dari sekadar kawan selama 15 tahun. – E!