fbpx

Gambar: Anang Hermansyah Sah Bergelar Suami Ashanty, Ingin Anak Segera

Anang Hermansyah & Ashanty Sah Suami IsteriSelepas bertahun menduda, Anang Hermansyah yang sebelum ini banyak di’kaitkan dengan ramai selebriti wanita mengakhiri zaman duda bersama Ashanty sekitar Sabtu lalu.

Majlis akad nikah pasangan ini berlangsung di Masjid Albina, Senayan, Jakarta & Anang Hermansyah sah bergelar suami kepada Ashanty dengan sekali lafaz sahaja.

Laporan berita menyebut yang Anang Hermansyah & Ashanty tampak begitu bahagia selepas mereka berdua di’sahkan suami isteri dan pengantin lelaki nampaknya agak agresif dengan perkahwinan ini. Heh.

Bukan apa, menjawab persoalan wartawan selepas majlis selesai, Anang Hermansyah berkata beliau tidak sabar untuk menimang cahayamata bersama Ashanty.

Ikuti beberapa keping gambar sekitar majlis akad nikah Anang Hermansyah & Ashanty yang berlangsung Sabtu lalu ihsan & terima kasih Kapan Lagi. Enjoice!