Gambar: Afdlin Shauki, Bront Palarae Dan Zain Saidin Selamat Tiba Di GazaDengan niat ikhlas mereka untuk membantu rakyat Palestin yang tinggal di semenanjung Gaza, Tuhan permudahkan jalan rombongan ini untuk tiba ke'sana.

Melalui Facebook beliau beberapa jam yang lalu, Afdlin Shauki kongsikan beberapa keping gambar awal ketibaan rombongan beliau di Mesir & semenanjung Gaza.


Delegasi artis yang terdiri daripada Afdlin Shauki, Bront Palare, Zain Saidin, Heliza Helmi, Amin dan Ustaz Mohsen telah

tiba di Lapangan Terbang Kaherah sekitar 5.45 pagi.

Semua anggota delegasi kemudian'nya tiba di Gaza City sekitar jam 7.30 malam dan kemudian berbincang dengan NGO tempatan untuk pergerakan aktiviti & misi mereka.



“Ampunkanlah. Halalkan termakan & terminum. Saya juga telah memaafkan semua orang yg pernah menyalahi saya,” tulis Afdlin Shauki sebagai amanat perjalanan beliau.

Kita doakan semoga perjalanan delegasi membantu rakyat Palestin di Gaza ini mencapai misinya dan mereka akan pulang dengan selamat dan kisah untuk kita semua.

zp8497586rq