Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai isu penyampai radio Tyzo Xander yang tidak disambung kontrak bersama Suria FM sekaligus mengejutkan ramai.
Malah, ada sumber mendakwa Tyzo meminta kenaikan gaji selepas bergelar penyampai radio popular namun tidak dapat dipastikan kesahihan dakwaan tersebut.
BACA: Tyzo Minta Kenaikan Gaji Tinggi Punca Kontrak Tidak Disambung?
Terbaru, komen pelakon Datuk Fauziah Nawi menjadi menjadi perhatian apabila mendedahkan gaji DJ radio swasta mampu mencecah sehingga RM150,000 dan ada yang lebih.
Menurutnya, gaji ditawarkan kepada DJ radio swasta bermula dari RM5,000 sehingga RM40,000 dan radio kerajaan adalah paling rendah.
Perkongsigan Fauziah Nawi itu ternyata mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang baru tahu mengenai gaji DJ radio yang sememangnya lumayan.