fbpx

Gadjet Baru HUAWEI MatePad 11 & MateBook D15 Ni Betul-Betul In Trend!

Buat peminat setia HUAWEI, korang mesti tak sabar nak dapatkan produk terbaru dari HUAWEI ni kan? Ya lah, baru sahaja HUAWEI melancarkan MatePad 11. Paling best tablet terbaru ni dilengkapi dengan HarmonyOS 2.

Kiranya, MatePad 11 ni adalah yang pertama menampilkan paparan yang menyokong kadar penyegaran 120 Hz serta memberi visual yang lebih halus dan cantik.

Tidak ketinggalan, tablet ini juga ada aksesori tambahan seperti stylus terkini HUAWEI M-Pencil generasi kedua dan papan kekunci Smart Magnetic. Lepas ni kerja korang akan lebih bertambah power dengan tablet terbaru dari HUAWEI.

Ha! Sebelum kami terlupa HUAWEI juga memperkenalkan series MateBook terbaru iaitu HUAWEI MateBook D15 generasi ke-10 dan ke-11 Intel Core i5 dengan RAM 8GB. Selain itu, HUAWEI juga melancarkan 2 gadjet baru dalam talian iaitu MateBook 14 dengan siri CPU AMD Ryzen 4000H dan HUAWEI D14 dengan cip pemprosesan Intel Core i3 Generasi ke-10.

Kalau korang nak tahu apa yang bestnya pasal MatePad 11 dan MateBook D15 ni meh layan sampai habis.

1. Visual Yang Lebih Cantik

Seperti yang kami cakap sebelum ini, HUAWEI MatePad 11 adalah tablet pertama yang dilengkapi monitor yang menyokong kadar penyegaran maksimum 120 Hz untuk memberikan visual yang lebih lancar. Dengan tablet terbaru HUAWEI ni korang boleh enjoy bila korang buat video playback, gaming, webpage browsing, handwriting dan banyak lagi lah.

Tablet yang mempunyai paparan HUAWEI FullView 10 dengan 95 inci, dengan reka bentuk yang slim ini menawarkan pengalaman visual yang konsisten dan mendalam untuk semua jenis kandungan.

Tablet yang dilengkapi dengan 86% screen-to-body ratio, DCI-P3 colour gamut ini akan buatkan mata korang tak akan letih bila korang on di waktu malam. Fungsi Double TÜV Rheinland: TÜV Rheinland Low Blue Light (Hardware Solution) dan Flicker-Free Certification akan mengurangkan cahaya biru yang berbahaya ketika korang melayari pada waktu malam tanpa kekuningan skrin. Jadi boleh lah korang enjoy dengan media sosial korang tu lama-lama.

2. HUAWEI M-Pencil Generasi Ke-2


HUAWEI M-Pencil yang ditingkatkan (Generasi ke-2) mempunyai ketinggian yang hampir tidak dapat dilihat iaitu serendah 2 ms. Ia direka untuk memberi korang pengalaman menulis semula jadi seperti di atas kertas.

HUAWEI M-Pencil Generasi Ke-2 menyokong fungsi Double Tap to Switch. Walaupun korang fokus untuk melukis, tidak kira atau mengendalikan dokumen, korang hanya perlu mengetuk dua kali untuk beralih ke mod pemadam untuk membuat perubahan.

HUAWEI FreeScript membolehkan korang menggunakan M-Pencil untuk memasukkan teks dalam bidang teks mana pun untuk pengalaman input yang lancar dan semula jadi. Paling menarik dengan HUAWEI M-Pencil Generasi Ke-2 ni korang boleh gunakan beberapa short form yang terbina untuk inputkan tulisan dengan lebih cepat.

Contohnya:

a. Lukis garis mendatar pada teks untuk memilih teks
b. Lukis garis bergelombang untuk memadamkan teks
c. Lukis garis menegak untuk menambah atau menghapus ruang antara watak

Selain itu, ia juga dilengkapi fungsi hebat lain seperti Instant Shape dan Instant Table – bagi korang yang tidak dapat menarik garis lurus yang bagus, jangan risau! Dengan HUAWEI M-Pencil Generasi Ke-2 terkini, ia secara automatik dapat memberikan bentuk yang anda mahukan.

3.Jangka Hayat Bateri Yang Lama

Bagi korang yang bakal memiliki gadjet terbaru HUAWEI ni, bab bateri korang tak perlu risau. Sebabnya gadjet ini siap ada teknologi penjimatan kuasa HarmonyOS. HUAWEI MatePad 11 menawarkan sehingga 12 jam pemutaran video HD 1080p tempatan berterusan dan 12 jam menangani tugas produktiviti dengan sekali caj.

Jangan bimbang bateri tablet korang akan habis semasa bekerja lagi dengan HUAWEI MatePad 11. Dengan pengalaman produktiviti tanpa gangguan 12 jam yang disokong dengan sekali caj, HUAWEI MatePad 11 adalah peranti yang sesuai untuk bekerja dari jauh, dan korang tak perlu bimbang pasal hayat bateri sekiranya korang terlupa membawa pengecas.

4. Sistem Audio Dipertingkatkan

Kalau korang yang suka layan muzik, drama atau apa sahaja lah yang berkaitan dengan audio, MatePad 11 ni paling ngam dengan korang. Bukan nak cakap lebih tapi sistem audio ni memang terbaik gila lah. Sebabnya sistem Histen 7.0 technologi Harman Kardon ni betul-betul main peranan.

Paling kami kagum sekali, MatePad 11 ni dilengkapi dengan 4 mikrofon. Tiga di sisi dan satu sebagai bahagian modul kamera belakang – untuk pengambilan suara yang tepat. Kalau korang nak tahu power tak power Histen 7.0 dan ni, bila korang onz jer muzik cuba korang perhatikan bass dia. Memang jelas dan best jer dengar.

Bila korang ada online meeting pun dah tak heran dengan keadaan sekeliling kalau korang gunakan MatePad 11 sebagai gadjet korang. Sebabnya, sistem yang ada pada MatePad 11 ni akan menghilangkan gangguan lain selain dari perkara yang korang nak dengar jer. Best kan? Orang lain bising pun tak pa, yang penting meeting onz.

Kalau tadi korang dah layan apa yang best pasal MatePad 11, kali ni jom layan MateBook D15 pula. Dengar cerita awesome dan sesuai untuk korang guna time-time lockdown ni.

1. Teknologi Inovatif

HUAWEI MateBook D15 terdiri daripada variasi Pemproses Intel® Core ™ Gen ke-10 dan Pemproses Intel® Core ™ Gen ke-11 dengan CPU empat-teras, lapan-utas yang memberikan prestasi multi-utas yang hebat untuk peminat multi-tasking, dan dilengkapi dengan Grafik Intel® Iris® Xe bersepadu.

Kalau korang nak tahu, MateBook D15 ni kalau korang on lama-lama pun tak panas, sebabnya dia dah ada sistem penyekukan HUAWEI Shark fin fan. Jadi korang tak payah risau kalau nak connect wifi lama-lama.

2. Reka Bentuk Estetik

Lebih ringkas, lebih menarik. Ini antara ciri rekaan yang ramai gemari. Memiliki rekaan luaran metalik dengan warna silver dan kemasan futuristik.

Bukan itu sahaja, HUAWEI MateBook D 15 ini hanya seberat 1.56kg dan ketebalannya lebih kecil dari 16.9mm membolehkan korang yang bertubuh kecil molek mudah untuk membawanya ke mana sahaja. Malah laptop dengan saiz ini adalah antara yang paling ringan setakat ini.

Walaupun mempunyai reka bentuk yang ramping, HUAWEI MateBook D15 mengemas pelbagai port yang mengagumkan di kedua sisi termasuk satu port earphone dan mikrofon 3,5 mm 2-in-1, satu port USB-C, 1 port HDMI, dua port USB 2.0 dan satu USB 3.2

3. Pengalaman Video & Audio Yang Jelas

Selain itu, ciri paparan skrin FullView yang menjadi trend pada telefon pintar terkini membuatkan HUAWEI turut membawanya kepada keluaran laptop terbaru mereka. Dengan HUAWEI MateBook D 15 ini, korang boleh melihat isi kandungan dengan 87% skrin paparan penuh.

Tambahan pula dengan resolusi IPS HUAWEI FullView display 1920 X 1080 dan skrin ratio 15:6 anda dapat merasai pengalaman istimewa ini bersama HUAWEI MateBook D 15.

Ciri paling menarik iaitu skrin HUAWEI MateBook D 15 ini dilengkapi dengan TÜV Rheinland certified untuk melindungi mata anda dari pandangan radiasi berbahaya.

Penggunaan 2 Peranti Dalam 1 Skrin


Hebatnya HUAWEI MateBook D 15 ini, korang boleh transfer fail antara Windows dan Android dengan lebih mudah. Fungsi kolaborasi pelbagai skrin ini membolehkan anda untuk menjadikan telefon pintar Huawei korang berfungsi sebagai komputer riba yang kecil dan mudah untuk dibawa kemana sahaja. Lebih gempak korang juga boleh jawab panggilan menggunakan laptop dengan ciri ini.

Dengan fungsi ini juga korang boleh fokus kerja menggunakan laptop tanpa perlu digangguan dengan peranti lain. Lebih penting lagi, pengalaman bermain game lebih puas dengan menggunakan skrin yang lebih besar. Perlu diingatkan, fungsi ini hanya boleh digunakan jika anda mempunyai telefon pintar Huawei sahaja.

Bukan itu sahaja, D15 ini juga boleh berkolaborasi dengan tablet Matepad 11. Jadi, anda boleh share fail, dokument juga daripada tablet terseut kepada komputer serta membuka fail yang berlainan dalam kedua dua device dengan menggunakan extend mode.

Tarikh Penting Yang Perlu Korang Ingat

Ha macam mana, dah bacakan apa yang bestnya mengenai MatePad 11 dan MateBook D15 dari HUAWEI ni? Jadi sekarang masanya untuk korang ingat tarikh-tarikh penting ni untuk korang lock kan gadjet kesayangan korang.

Untuk gadjet HUAWEI MatePad 11 dan HUAWEI MateBook D15 boleh didapati untuk pra pesanan dari sekarang hingga 5 Ogos pada RM1,999 (128GB) dan RM2,399 (256GB).

Kalau korang buat pra pesanan sekarang, korang akan dapat barangan percuma bernilai sehingga RM1207. percuma termasuk Papan Kekunci Magnetik Pintar HUAWEI, Generasi Kedua M-Pencil, HUAWEI Cloud Storage 50GB 1 bulan, VIP Video HUAWEI 1 bulan, Percubaan Premium Muzik HUAWEI 3 bulan.

Manakala untuk HUAWEI MateBook D15 pra pesanan sekarang pada harga RM2,999 (Intel Core i5 Generasi ke-10) dan RM3,699 (Intel Core i5 Generasi ke-11)

Paling menarik kalau korang buat pra pesanan sekarang, korang boleh dapat banyak barangan percuma sehingga RM667. Best kan? Antara barangan yang korang akan dapat adalah Backpack, Bluetooth Mouse and Microsoft 365.

Ha! Sebelum kami terlupa, untuk HUAWEI MateBook D14 dan MateBook 14 pun korang dah boleh book secara eksklusif dalam talian sehingga 8 Julai ini dengan harga pra-pesanan RM 2299 (MateBook D14) dan RM3,899 (MateBook 14).

Semua detail kami dah bagi, tunggu korang buka laman rasmi HUAWEI dan book jer. Ingat jangan terlepas gadjet serba boleh ni kalau nak seiring dengan era sekarang.