Pelakon dan pengacara Janna Nick berkongsikan dia kini tidak lagi memberikan fokus dalam industri seni selepas dilihat sudah jarang muncul di kaca televisyen.
Menerusi program Hello Doktor, Janna secara terbuka berkongsikan fokusnya kini adalah untuk mendapatkan cahaya mata.
BACA: Janna Nick Dikecam Gelar Bekas Isteri Sebagai Perempuan Gila
View this post on Instagram
“Fokus saya bukan lagi dalam industri, fokus saya adalah untuk nak dapatkan zuriat. Kalau ada InsyaAllah. Saya memang aktif beritahu semua orang, saya tengah TTC supaya orang elak untuk bertanya sebab saya tengah cuba.
“Bila kita tak beritahu, orang bertanya, kita akan terasa. Kita kena beritahu ‘Saya tengah cuba mak cik, sabar’,” katanya.
Pada November tahun lalu, Janna tidak dapat mengawal emosi dan menangis serta meminta orang ramai berhenti bertanyakan mengenai soal anak.