fbpx

FMI: Abraham Lincoln Vampire Hunter

Kalau ada sebuah sahaja filem Hollywood terbaru untuk anda semua tonton hari ini, Abraham Lincoln: Vampire Hunter merupakan satu pilihan terbaik untuk anda.

Filem ini merupakan buah tangan terbaru daripada pengarah Wanted, Timur Bekmambetov yang memang anda tahu memang seronok untuk di’tonton dan terbitan Tim Burton.

Mengisahkan tentang presiden Amerika Syarikat paling di’raikan, Abraham Lincoln yang secara asas’nya mempunyai rahsia memburu pontianak semenjak belum bergelar presiden.

Jika di’tolak faktor adanya pontianak (vampire) dalam filem ini, Abraham Lincoln: Vampire Hunter memang sebuah filem yang sarat dengan fakta sebenar Presiden USA ke 16 itu.

Lakonan teraju utama, Benjamin Walker patut di’puji kerana berjaya membawakan watak dengan berkesan dan beliau muncul hampir dalam setiap babak filem ini.

Dari segi aksi, kami suka dengan dua babak aksi — pertama ketika Abraham Lincoln mengejar sang pontianak dengan latarbelakang kuda yang bertempiaran & satu lagi ketika bakak kereta api dan jambatan terbakar yang di’susun kemas dari segi choreography untuk kedua dua babak tersebut.

Filem Abraham Lincoln: Vampire Hunter ini boleh membuatkan anda pulang ke rumah dan mula berminat untuk membaca kisah sebenar presiden Amerika Syarikat tersebut & sebuah filem aksi yang kami kira tidak keterlaluan aksi’nya. Rotikaya Rating: 4/5