fbpx

Fizo Omar, Isteri Sepakat Namakan Anak Wan Maryam

Selain terbuka mendedahkan wajah bayi sulung mereka, Fizo Omar juga turut berkongsi nama puteri mereka yang dinamakan Wan Maryam. Apa yang menariknya hidung mancung bayi comel itu menjadi perhatian ramai.

BACA: Fizo Omar Mahu Anak Jadi Jutawan Umur 20

“Alhamdulillah, hari ini genap dua minggu anak saya dilahirkan. Terima kasih kepada yang mendoakan kami selama ini. Terima kasih kepada isteri yang berjuang dan bertarung nyawa untuk melahirkan anak saya”

“Empat tahun kami menunggu detik ini. Saya percaya, bukan saja kami malah kedua ibu bapa mentua saya antara paling gembira. Apatah lagi Maryam adalah cucu pertama keluarga mereka. Mereka selalu cakap, satu saja impian belum tercapai iaitu menimang cucu”

“Alhamdulillah, dengan kehadiran Maryam dapat membawa keberkatan dan menggembirakan semua orang,” jelasnya kepada Harian Metro mengenai keterujaan menimang cahaya mata pertama.

Manis namanya, ringkas tetapi penuh makna. Rata-rata peminat sangat seronok menatap wajah bayi comel itu, apalagi dengan hidung mancungnya. Tahniah diucapkan sekali buat pasangan ini, semoga terus berbahagia. (rtky/w)