fbpx

Kami suka melihat gelagat pasangan ini yang tampil secara eksklusif di program Meletop (Astro Ria) malam tadi berbicara tentang kehidupan baru mereka.

Boleh nampak betapa manjanya Ella di'samping suami tercinta dan menurut pasangan ini sendiri, mereka kini masing masing sedang mencuba untuk menjadi romantis.

Di'lontar soalan tentang lokasi berbulan madu, Azhar Ghazali & Ella menjawab yang semua lokasi yan

g mereka pergi bersama setakat ini, itulah destinasi bulan madu mereka.

“Dia (Azhar Ghazali) pernah beri saya peluang untuk memandu kapal terbang — tetapi yang kecil sahajalah,” ujar Ella yang tampak semakin ceria selepas bergelar isteri.

Berkaitan karier lakonan Ella, Azhar Ghazali yang rupanya berbakat dalam nyanyian berkata beliau tiada masalah untuk membenarkan isterinya itu untuk kembali berlakon.

“Kalau nilai dalam filem itu positif & membawa mesej kebaikan — saya memang tidak ada masalah untuk dia (Ella) kembali berlakon,” ujar Azhar Ghazali malam tadi.

zp8497586rq