Baru-baru ni OPPO melancarkan satu filem pendek raya bertajuk ‘Kasih Dari Hati’. Bila filem pendek dah bermain dengan watak ayah ibu ni, selalunya mesti sedih-sedih kan. Tapi kali ni lain pula jalan ceritanya.
Walaupun si anak tak dapat balik beraya di kampung, ada jer mata-mata si anak di setiap pergerakkan Abahnya. Filem Kasih Dari Hati ini mengisahkan seorang abah dan anak perempuannya yang bernama Fatin yang akan buatkan kita semua teringat teringat Ayah di kampung.
Maklumlah, bila di kampung tiada siapa yang dapat memantau pegerakkan Abah, OPPO lah sebagai mata-mata Fatin buat Abahnya.
Tapi ada betul juga apa yang Fatin lakukan untuk Abahnya ni. Part ni ramai yang tak ambil berat. Jadi dengan adanya hadiah macam set OPPO ni dapat juga orang tua di kampung jaga kesihatan.
Kalau korang nak tahu apa yang Fatin buat untuk Abahnya. Jangan lupa tonton sampai habis video ni. Dalam video ini juga terselit lagu Ayda Jebat berjudul Kasih Dari Hati, touching bila fahami betul-betul lirik lagu ini. Terus rasa nak buat macam Fatin buat kat Abah. Ya lah boleh Abah sentiasa tersenyum sampai bila-bila.
Laa Ini Kah Yang Buat Abah Terpaksa Menipu Fatin Tu!
Korang mesti tak sabar kan nak tahu apa produk OPPO yang buat Abah terpaksa menipu Fatin pada mulanya tapi akhirnya berbaloi, bila dapat tersenyum bersama orang tersayang.
Ni ha, OPPO menyediakan pakej bundle gift box dengan harga promo. Dimana, pakej family bundle ni direka sebagai hadiah untuk orang tersayang. Pakej keluarga OPPO merangkumi telefon pintar dan produk IOT.
Menarik! Beli satu box macam-macam boleh dapat. Dengan pakej ni ada dua pilihan yang korang boleh pilih. Antaranya:
Dengan pakej family bundle set OPPO Reno5 F (worth RM1,199) korang juga akan dapat OPPO Enco W11 (RM159) dan juga OPPO Band (RM159). Harga bagi set ini pula adalah RM1,399 dan korang boleh jimat sehingga RM118 daripada harga asal. Best kan?
Yang buat kami jatuh hati dengan set ini adalah kualiti OPPO Reno5 F tu sendiri. Dah lah canggih, bateri tahan lama, kamera pula ada macam-macam kelebihan dan memang sangat sesuai untuk yang 24 jam dengan telefon.
Kalau korang nak tahu apa hebatnya mengenai pakej ni jangan lupa, baca DI SINI.
Set yang ke dua korang boleh dapat OPPO Reno5 (RM1,899), OPPO Enco W51 (RM369) dan OPPO Watch 41mm (RM899).
Bagi set ini korang akan jimat RM268 daripada harga asal. Jadi korang perlu bayar RM2,899 jer untuk dapat set letops ni.
Peminat Reno5 memang wajib ambil set ni. Sebabnya selain dilengkapi dengan 64MP Quad-cameras, OPPO Reno 5 juga ada Portrait Beautification Video sesuai untuk korang nak buat vlogs, video atau presentation pun boleh! Tak perlu nak make-up lama-lama, on je fungsi kamera ni, terus boleh buat video.
Kalau korang nak tahu pakej Reno5 ni dengan lebih lanjut layari laman rasmi ini.
Jimat banyak kalau ambil pakej keluarga dari OPPO ni. Selain boleh eratkan kekeluargan dengan pakej ni dapat mak ayah di kampung jaga kesihatan.
Peraduan Ka(Raya)Oke Dari Hati
Peraduan Ka(Raya)Oke ni korang patut join tau. Hadiah dia bukan biasa-biasa. Boleh menang sehingga RM10,000. Wow banyak tu. Yang suara sedap patut join.
Cara nak sertai Ka(Raya)Okey ni pula sangat lah senang. Buat jer macam kat bawah ni dan korang dah boleh mula nyanyi.
1. Follow Instagram dan Facebook OPPO Malaysia.
2. Imbaskan kod QR dan klik DI SINI untuk masuk OPPO Ka(Raya)Oke Ar fliter
3. Pilih salah satu filter kegemaran korang dan rakam nyanyian korang menggunakan filter tersebut. Jangan lupa pakai headphones atau earphone untuk dapatkan suara yang lebih jelas ketika menyanyi nanti.
4. Save rakaman tersebut dan muatnaik ke Instagram korang dengan bersertakan #KasihDariHati.
5. Tag video tersebut ke @oppomalaysia dan pastikan akaun Instagram korang dalam mode public.
Nak Duit Raya? Sertai Game Ni
Sambil-sambil korang dah beli phone untuk mak ayah tu jangan lupa pula join Kasih Dari Hati Photo Contest ni. Peraduan ni berlangsung dia One Utama bermula 21 April sehingga 16 May.
Senang jer nak sertai peraduan Kasih Dari Hati ni. Korang hanya perlu ikut langkah ni jer:
Langkah 1: Tangkap gambar di lokasi “Kasih Dari Hati” di One Utama
Langkah 2: Muat naik gambar tersebut di Instagram dan hastag #OPPOKasihDariHati
Langkah 3: Pastikan akaun Instagram dalam mode public
Bila korang dah ikut 3 langkah di atas, korang boleh dapat hadiah bernilai RM7,589. Wow banyak tu. Dari tempat pertama hingga peringkat saguhati semua dapat hadiah.
Tempat Pertama: OPPO Reno5 x 1 unit
Tempat Kedua: OPPO Reno5 F x 2 unit
Tempat Ketiga: OPPO Watch 41mm x 3 units
Saguhati: OPPO Band x 5 units
Untuk rujuk terma dan syarat, korang klik je link ni.
OPPO Nak Bagi Duit Raya Dengan Cara Ni Jer? Mudahnya
Cup korang, tak habis takat tu jer tau. Kali ni OPPO betul-betul baik hati ha. Mungkin sebab kita semua tak dapat balik kampung kot. HEHE.
Ni ha, OPPO nak bagi e-angpow sehingga RM20,000. Tapi dengan syarat korang kena terjah One Utama lah baru boleh dapat e-angpow ni.
Program ni berlangsung selama 2 hari saja bermula 8 Mei dan tamat pada 9 Mei. Ada dua slot yang korang boleh cuba nasib. Slot pertama pukul 3 petang, slot kedua pukul 8 malam. Setiap sesi ni hadiah cecah sehingga RM20,000.
Cara nak dapat e-angpow ni mudah jer. Hanya dengan:
1. Imbas kod QR di zon OPPO
2. Daftarkan nama penuh & alamat e-mel anda
3. Sertailah dalam permainan e-angpow dengan jumlah masa 30secs
Bagi korang yang tak tahu nak cari mana kod QR OPPO tu. Nah ni dua tempat yang ada kod QR. Korang tinggal cari jer.
1. OPPO Photo Corner atau Oval Concourse LG Floor
2. Booth Jualan OPPO atau Centre Court G Floor
Paling menarik sekali untuk korang join game ni, korang ada dua pilihan yang boleh korang buat. Pertama sekali korang hanya perlu ambil gambar di sudut foto “Kasih Dari Hati” OPPO Raya dan boleh sertai game e-angpow ni sebanyak dua kali.
Cara yang kedua, beli mana-mana produk OPPO dari gerai OPPO yang ada di One Utama. Lepas tu dah boleh join e-angpow ni sebanyak 5 kali dengan kod yang terpilih bagi setiap produk. Mudah kan?
Ni jer cara paling mudah untuk korang dapat hadiah yang kaw-kaw dari OPPO. Ha sebelum kami terlupa game e-angpow ni pun ada hadiah tau.
Tempat pertama: OPPO Reno5 x 1 unit
Tempat kedua: OPPO Reno5 F x 2 unit
Tempat Ketiga: OPPO A54 x 4 unit
Bukan tu jer hadiah yang OPPO nak bagi. Ada banyak lagi hadiah yang korang boleh dapat.
Antaranya OPPO Watch, OPPO Band, OPPO Enco W12, OPPO Tumbler, Baucer diskaun OPPO RM50, dan point untuk mata ganjaran bagi satu kad sebanyak 100 point atau 50 point.
Semua hadiah yang best-best dari OPPO ni terhad tau. Hanya ada di One Utama jer. Jadi korang kena lah cepat-cepat terjah One Utama Mall tu untuk rebut hadiah dari OPPO ni. Cara nak dapat hadiah ni pun kami dah bagi tahu.
Jadi tak perlu tunggu lama-lama cepat serbu ikut date aktiviti yang kami bagi tahu tu okey! Selamat mencuba nasib.