Jwanita mengisahkan tentang seorang gadis yang mengalami penderaan mental dan fizikal, menyebabkan dirinya menjadi seorang yang tertekan dengan masalah mental yang serius. Ianya diakibatkan oleh ibu bapa angkatnya yang merupakan pengamal ilmu hitam dan sering menderanya sejak kecil.

??Jwanita telah bertindak kejam dengan membunuh kedua ibu bapa angkatnya itu dan dia telah dihantar untuk dirawat oleh seorang doktor bernama Farhan.

Merasakan Farhan boleh memberinya sinar baru dan dia menyimpan perasaan kepada jejaka tersebut. Namun segalanya hanya tinggal kenangan apabila Farhan sebenarnya sudah bertunang dengan Julaika yang juga merupakan adik kandung Jwanita. Selepas hari perkahwinan mereka, Jwanita telah menghilangkan diri dan kembali dengan sebuah dendam kesumat. Perempuan ini kemudiannya memuja dan membangkitkan mayat serta membunuh sesiapa sahaja yang dianggap mengganggu hidupnya.

Jwanita 8

Filem paling seram arahan Osman Ali akan ditayangkan mulai hari ini dengan barisan pelakon hebat saperti Maya Karin, Bront Palarae, Cristina Suzamme, Marsha Londoh dan Umi Aida.

Pengarah Filem terkenal ini mengakui dia menjadi takut dan ngeri apabila melihat pelakon Maya Karin tiba tiba berubah menjadi orang lain ketika pengambaran filem seram ini.

Osman Ali percaya perubahan itu berlaku di sebabkan Maya Karin terlalu menjiwai wataknya sebagai seorang pembunuh yang mempunyai masalah jiwa dan mental.

Jwanita 2

Osman Ali memberitahu, karya terbaharunya yang mengangkat genre seram adalah berinspirasikan kejadian sebenar. Osman bagaimanapun berkata, dia tidak tertumpu kepada sesuatu jenayah sebaliknya mendapat ilham daripada beberapa kejadian yang berlaku di kalangan masyarakat.

Sekali lagi pengarah Osman Ali (Pengarah Filem Terbaik Anugerah Skrin 2011) menghasilkan sebuah filem yang melangkaui pemikiran orang ramai. Ternyata tayangan Premier filem mencetuskan persoalan apabila lapan orang penonton tidak sanggup menyaksikan sehingga ke akhir tayangan kerana terlalu seram katanya. Lebih mengejutkan lagi, ada yang keluar ke tandas akibat termuntah semasa tayangan Jwanita.

Jwanita 6

Kata produser Julian Jayaseela, “Saya sendiri selalu tutup mata melihat watak-watak bermain dengan darah. Tambahan pula, penggambaran ini selalu dilakukan di tempat yang dipercayai ada penghuni misteri”. Osman Ali juga mengakui dan berkata, “Sepanjang penggambaran dilakukan, ada sahaja teguran dan gangguan luar, cuma benda sebegini tidak perlu dipanjang lebarkan lagi”

Selepas tayangan, Joe dari Chilly Vanila berkata, “Saya hampir termuntah melihatnya”

Pihak media percaya, lagu Dendam Cinta nyanyian merdu Datin Alyah, karya Zaidi Abd. Rahman ini pasti akan membuatkan filem Jwanita lebih bersinar dan menjadi ingatan setiap penonton.

Datuk Yusof Haslam memperakui bahawa dengan kemunculan filem Jwanita oleh Osman Ali merupakan suatu hasil yang kreatif dan amat membuka minda masyarakat tentang kehebatan industri perfileman tanah air Malaysia. Ketua Pengarah Finas, Datok Kamil Othman bangga serta berpendapat bahawa Jwanita adalah sebuah filem yang berjaya menaik-taraf nama Malaysia dalam industri.

Jwanita 11

Kata wakil wartawan dari NUANSA, “Saya tidak sangka mereka teruja sebegini bagi sesi pendapat dan komen. Seramai lebih kurang 30 orang yang meluahkan perasaan, ada juga membuatkan saya terperanjat melihat mereka terlalu teruja memberi komen yang sangat positif”.

Kepada semua, tayangan hebat Jwanita “Ada setan di kepalanya” akan bermula pada 24 September 2015 ini di setiap panggung Malaysia.