Kesibukan dengan persiapan Aidilfitri bukan alasan untuk anda tidak menonton wayang. Penat berjalan membeli belah, panggung wayang boleh jadi medan istirehat.

Dan, bermula hari ini anda sekeluarga boleh memilih untuk menonton filem komedi arahan Bobby dan Peter Farrelly, The Three Stooges yang turut mengarahkan Dumb & Dumber.


Filem ini merupakan adaptasi untuk sitkom TV yang popular sekitar tahun 1930’an dengan tajuk sama & tidak mengejutkan apabila pengarah berjaya kekalkan gaya komedi yang sama.

Filem ini mengisahkan tiga watak utama Moe, Larry dan Curly yang cuba untuk menyelamatkan rumah anak yatim tetapi tidak sengaja terlibat dengan konspirasi pembunuhan.

Apa yang mereka lakukan secara tidak sengaja membuatkan mereka popular tidak semena mena & mereka bertiga sedar mereka terlibat dalam sebuah rancangan realiti TV.


Jika anda mengikuti sitkom awal The Three Stooges, filem ini berjaya menghidupkan komedi yang menjadi trademark kepada ketiga tiga watak tanpa ‘membunuh’ selera penonton.

Walaupun komedi mereka masih slapstik & bersifat 1930’an, pengarah berjaya menyelitkan unsur unsur budaya hari ini ke dalam The Three Stooges untuk membuatkan filem ini lebih relevan di’hati penonton.