Tidak banyak sebenarnya filem tempatan yang boleh buat hati kami suka secara sukarela.

Songlap berjaya menjadi salah satu dari tidak sampai segenggam pun filem yang kami jatuh hati.

Dan, memang sebenarnya kami tunggu masa filem ini untuk di’tayangkan sejak kali pertama menonton trailer rasmi.

Ada suara mengatakan yang filem terbaru terbitan Grand Brilliance bersama Red Films ini adalah filem seni tetapi bagi kami, seni mereka tidak terlalu ekstrim.

Maksud kami di’sini ialah walau filem ini cantik dari pandangan mereka yang berjiwa seni, pengarah bersama Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Isahak masih berjaya mengekalkan saki baki nilai komersial untuk mengangkat filem ini ke hati penonton & peminat filem tempatan — dan, semestinya buat duit.

Tiga perkara asas dalam Songlap yang tidak perlu anda risau adalah jalan cerita, sinematografi dan muzik latar sentuhan Monoloque yang berjaya membawa kelainan mood untuk filem ini.

Songlap menampilkan Shaheizy Sam, Syafie Naswip dan Sara Ali yang menjadi tunjang utama filem ini — lakonan mereka tidak menghampakan termasuk Sara Ali yang pertama kali memegang watak utama dalam filem.

Bagi kami yang buta filem ini, Songlap adalah satu karya kreatif anak tempatan yang wajib di’beri peluang dan di’tonton selayaknya. Membuka tayangan di’pawagam berhampiran anda hari ini, kami berikan 4/5. Yay!