fbpx

Filem Minggu Ini: Life Of Pi

Selepas tayangan perdana filem ini di Festival Filem New York, Life of Pi menerima banyak pujian daripada para pengkritik filem yang memang menantikan filem ini.

Filem ini merupakan sebuah lagi karya terjemahan dari novel & kali ini datang dari karya dengan judul yang sama tulisan Yann Martel & mampukah ia ke layar perak?

Sekali imbas, filem ini nampak begitu ringkas — seorang lelaki muda, Pi terdampar di lautan & beliau perlu meneruskan hidup dengan seekor harimau Bengal — itu dan banyak lagi.

Life of Pi juga kisah tentang kepercayaan dan mengatasi kuasa alam semujadi untuk terus hidup. Pengarah, Ang Lee berjaya menyampaikan elemen ini dengan visual yang hebat.

Pendatang baru, Suraj Sharma yang membawakan watak Pi memang mengawal seluruh perjalanan filem ini juga cemerlang berlakon dengan watak CGI seperti seorang professional.

Satu lagi elemen penting dalam filem ini adalah watak harimau Bengal itu sendiri yang begitu realistik & ia di’bina dari empat ekor harimau yang berlainan melalui teknik CGI yang hebat.

Apa yang kami suka tentang Life of Pi ini adalah elemen 3D yang di’tonjolkan yang setanding dengan pengalaman menonton elemen 3D dalam Avatar & Hugo. Ang Lee memang tahu akan dunia 3D.

Life of Pi tidak di’nafikan memang sebuah filem yang hebat & majestic (tidak jumpa perkataan serupa dalam Bahasa Melayu) dengan jalan cerita, persembahan watak dan elemen 3D yang sangat realistik.