fbpx

Filem Minggu Ini: Aku Bukan Tomboy

Hujung minggu hampir tiba dan ini bermakna tibalah masa untuk satu lagi segmen Filem Minggu Ini bersama hos anda .. ah tak sudah berangan.

Jujurnya, ketika kami dengar filem Aku Bukan Tomboy ini bakal keluar pawagam, kami sedikit risau kerana ini merupakan hasil eksperimen dari pengarah muda, Syamsul Yusof.

Namun hancur berkecai perasaan risau kami selepas menonton filem ini beberapa hari lalu dan ternyata percubaan berani Syamsul Yusof membuahkan hasil yang boleh di’banggakan.

Jika anda mahukan sinopsis, bukan gaya kami untuk copy paste ke’sini tetapi jalan cerita Aku Bukan Tomboy berkisar tentang watak Farisa (Scha al-Yahya) yang menjadi rebutan rakan baik, lelaki baru & dua orang pengkid tegar.

Shaheizy Sam yang memegang watak Harry tidak perlu di’sangkal lagi akan bakat & kebolehan beliau untuk menaikkan seri filem ini.

Syamsul Yusof juga tidak mengecewakan dalam percubaan membawa watak komedi walaupun ada adegan yang nampak tidak natural.

Secara keseluruhan — gila pendek review — kami sukakan buah tangan eksperimen Syamsul Yusof ini dan boleh kami katakan berbaloi untuk laburkan wang anda untuk komedi romantik ini. Rotikaya Rating 3.5/5.