fbpx

Filem Baru Nak Melekat Di Jiwa Penonton, Dah Jadi Macam Ni Pula!

Seorang pelakon filem Eva Take Me As I Am meluahkan rasa kesal dengan tindakan panggung wayang apabila dia menerima notis batal tayangan mengenai filem tersebut. Filem yang berkisarkan mengenai kesihatan metal ini hanya dibenarkan tayangan selama 4 hari sejak 30 Januari 2023.

Pelakon Shamsul Danish 16, berasa kesal dengan tindakan tersebut dan menyatakan tayangan selama 4 hari itu adalah satu tempoh masa yang singkat.

“Kami sangat terkilan apabila semalam 30.1.2023 iaitu 4 hari selepas EVA ditayangkan, kami di maklumkan pihak panggung wayang akan membatalkan tayangan di kebanyakan panggung di seluruh Malaysia.

“Apa yang kami dapat buat dalam 4 hari tayangan? Orang ramai baru mula nak pegi tengok dah kena tarik balik tayangan.

“Sedangkan penonton baru sahaja mula memberikan feedback bagi filem ini, kami juga giat jalankan promosi bersama pelakon-pelakon utama dalam membawa naskah EVA yang cuba mendidik penonton melalui hiburan” katanya.

https://www.instagram.com/reel/Cn_FH_RoHdn/?utm_source=ig_web_copy_link


Tambahnya lagi, kejadian yang berlaku ini betul-betul memberi kesan terhadap pretasi filem ini memandangkan orang ramai tidak diberi masa yang panjang untuk menonton sendiri filem yang harus diketengahan dalam industri tanah air.

Filem seperti ini dapat memberi pengajaran buat penonton bagaimana cara untuk mengatasi orang yang menghidapi masalah mental.

“Itu belum isu panggung tak nak beri kami lokasi yang ramai potential viewers macam Seremban dan Sunway Pyramid, kami tak minta banyak, bagi masa utk EVa ini ditonton. Sampai bila nak hidangkan penonton dengan filem-filem genre yang sama.” katanya lagi.

Shamsul juga memberitahu dia sudah buat aduan kepada Setiausaha Sulit Menteri Komunikasi Dan Digital untuk tindakan selanjutnya.

“Saya telah email juga isu ini kepada Setiausaha Sulit Menteri Komunikasi dan Digital dan harapnya ada lah jawapan dan tindakan”.

Pengarah Filem Eva

Selain Shamsul sebagai acktor yang memegang watak Miqal, Filem Eva yang diarahkan oleh Suhaiza Aziz ni juga turut dibintangi barisan pelakon popular termasuk Nadia Brian, Nadia Aqila, Hasnul Rahmat, Jay Iswazir dan Mustaqim Bahadon.

Barisan pelakon filem Eva

Sinopsis Filem Eva




Eva ialah seorang peguam tetapi di dalam dirinya tinggal dua orang lain iaitu Amy, seorang pakar forensik, dan Mike, seorang pembunuh.

Eva, sebagai pemilik tubuh terpaksa berhadapan dengan perubahan yang berbeza-beza akibat daripada trauma yang dialami sejak dia masih kanak-kanak.

Anak lelaki Eva cuba memahami dan membantu ibunya. Apabila Mike menjadi lebih kuat untuk mengambil alih tubuh Eva sebagai watak dominan… meletakkan semua orang dalam bahaya.