fbpx

Felixia Yeap Luah Keinginan Mahu Ke Gaza

Masih mahu menulis tentang Felixia Yeap? Ya, selagi anda semua sampai ke sini dan mahu baca tentang perkembangan bekas model Playboy. Dan, kalau anda perasan kami masih menggunakan nama lamanya kerana nama baru terlalu sukar untuk dieja. Alasan.

Semua sedar akan perkembangan terbaru di Palestin di mana rakyatnya kini sedang berhadapan dengan serangan demi serangan dari udara pihak pertahanan Israel. Sebagai laman hiburan, disini kami bukan mahu bercerita tentang isu semasa.

BACA: Felixia Yeap Nafi Peluk Islam Kerana Mahu Berkahwin, Tidak Tolak Jodoh Awal

Felixia Yeap yang sah bergelar seorang penganut Islam baru baru ini menulis sebuah puisi dengan tajuk ‘Biarlah Palestin Menang’ yang didedikasikan khas buat saudara di bumi Palestin.

Dalam bait bait pusisi tersebut, terlihat keinginan Felixia Yeap untuk ke sana membantu mereka yang memerlukan selain mahu mati dalam keadaan jihad.

“Ingin saja ku kata pada ibu ku yang tua bekalanku untukmu cukup sampai bila-bila biarlah anak perempuan mu ini pergi, sesungguhnya semua orang akan mati jika benar Allah tarik nyawaku di situ maka syahid dan manislah pemergianku”

Anda boleh baca puisi nukilan Felixia Yeap di laman blog beliau secara penuh dan kami kira ianya sesuatu yang bagus. Sama sama kita doakan kesejahteraan bumi Palestin. (rtky/m)