Fazura Teruja Dapat Hadiah Syiling Emas Daripada Permaisuri Selangor
Perkongsian IG Story Fazura menjadi perhatian ramai apabila pelakon itu menzahirkan rasa teruja menerima hadiah daripada Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman.
Difahamkan, Fazura menerima hadiah berupa beberapa keping syiling emas dan beberapa naskhah buku keagamaan.
BACA: Fazura Sebak 80,000 Tudung Bernilai RM2.16 Juta Sold Out Dalam 2 Jam
Dalam kad yang dikirim, Permaisuri Selangor turut mengucapkan terima kasih buat Fazura yang sentiasa menjadi individu yang baik kepada baginda.
“Kepada Fazura, terima kasih kerana selalu menjadi insan yang baik untuk saya,” tulis Permaisuri Norashikin.
Mengagumi keperibadian baginda yang sangat merendah diri, Fazura menitipkan ucapan terima kasih di atas hadiah yang dikirimkan kepadanya.
“Sangat merendah diri dan jelita. Ini antara sebab saya mengagumi Tengku Permaisuri Norashikin. Menjunjung kasih Tuanku. Saya akan simpan kepingan syiling emas ini untuk Fatima.
“Masya-Allah dapat buku-buku yang sangat bermanfaat. Insya-Allah. Junjung kasih Tuanku buat kurniaan dan ingatan ini,” tulisnya.
Bagaimanapun, dalam perkongsian tersebut, Fazura tidak mendedahkan alasan kiriman daripada Permaisuri Selangor buat dirinya.
- SUMBER
- Kosmo!
Oh no..adakah sebelah sana boleh duduk diam?Jangan iri hati sudah.
Adik…pakai tudung tu biar lah sempurna tutupi lah juga bahagian dada kamu
yg dah kaya dihadiahkan lg bagi bertambah tambah kaya
Alhamdulillah. Rezeki dia la kan. Orang yang baik pasti ada ganjarannya. Insha Allah. Kita husnuzon saje ye. Jgn pikir yg bukan2 la please.
Its a thank u note…maknanya Fazura ada memberikan sesuatu pada baginda…
“Dear Fazura, thank u for always be kind to me…”
Buat baik dibalas baik…Alhamdullilah
I prefer hidung fazura yang dulu cantik and shape muka original die nampak keperibadian ayah die watak character ayah die ni terlalu pelik somebody else no character