Pelakon dan usawahan Nur Fazura berkata meskipun anak perempuannya baru berusia tiga tahun namun dia sudah mula mengesan bakat Nur Fatima Aisya sebagai penghibur.
Memetik mStar Online, Fazura berkata dia tidak kisah jika anak kesayangannya itu mahu menceburkan diri dalam bidang seni suatu hari nanti serta dia melihat Fatima seorang yang kuat.
BACA: “Saya Berhak Tahu Dengan Siapa Fazura Berkawan”
“Bidang seni ini agak sukar, saya agak risau juga kalau Fatima masuk bidang seni dan terpaksa mengharungi pelbagai onak duri sebagai selebriti.
“Tapi Fatima saya tengok seorang yang kuat dan rasanya dia boleh hadapi cuma bimbang saya boleh ke hadap kalau anak kena gosip dan dihentam.
“Terpulanglah, saya terbuka apa saja Fatima nak buat dalam hidup dia. Nampaklah ciri-ciri penghibur itu sudah ada dalam diri dia,” katanya.
Dalam pada itu, Fazura berkata anaknya itu sudah mula berjinak-jinak dalam iklan dan dia melihat Fatima seorang yang natural di hadapan kamera.
“Sekarang ada sikit-sikit berlakon dalam iklan, dia seorang yang natural. Darah seni itu sudah ada dalam diri dia.
“Jika satu hari nanti dia nak pelakon atau penyanyi, saya dan suami sikong saja. Mudah-mudahan saya dan Fattah diberikan kesihatan untuk bimbing dan sokong kariernya,” katanya.